Utusan Borneo (Sarawak)

Taraf dan kedudukan bahasa Melayu mesti diangkat lebih tinggi daripada bahasa lain

- KUALA LUMPUR: — Bernama

Taraf dankeduduk­anbahasaMe­layu mesti diangkat lebih tinggi dan tidak boleh disamarata­kan dengan bahasa lain, selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Malaya Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata selaras dengan kedudukan bahasa Melayu dalam perlembaga­an, bahasa itu mesti digunakan sebagai bahasa rasmi negara, manakala bahasa lain dibenarkan untuk digunakan.

“Secara praktisnya, kita memerlukan­bahasalain­bukan sahaja bahasa Inggeris, bahasa

Arab…malah Mandarin pun, kalau boleh kuasai, (maka) kuasailah… kita tidaklah anti kepada bahasa lain, tapi martabat bahasa Melayu mesti lebih tinggi, tak boleh disamarata­kan.

“Itu salah, jika kita samakannya (dengan bahasa lain), apakah fungsinya dalam perlembaga­an?” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Apa Khabar Malaysia: Martabatka­n Bahasa Melayu Ke Peringkat Global, terbitan Bernama TV di sini semalam.

Beliau berkata masyarakat hari ini, terutama generasi baharu berdepan dengan krisis nilai yang menganggap bahawa status seseorang itu lebih tinggi apabila mereka bertutur dalam bahasa Inggeris, sementara bertutur dalam bahasa Melayu dilihat sebagai tidak maju dan ketinggala­n zaman.

“Masalahnya, dalam peringkat rasmi pun kadangkada­ng penggunaan bahasa Melayu diperleceh­kan sehingga menyebabka­n kita rasa marah, sedih, contohnya apabila mesyuarat dalam jabatan kerajaan.. ada yang berasakan diri dia hebat kerana bahasa Inggerisny­a bagus, jadi dia akan bercakap dalam bahasa itu.

“...tetapi saya tidaklah menyatakan generasi muda tidak perlu menguasai bahasa Inggeris, itu salah.

Bukan begitu, mereka perlu menguasai bahasa Inggeris,” katanya.

Justeru, Mohamad Saleeh yang juga Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia berkata golongan pemimpin seperti ahli politik perlu menjadi suri teladan dengan mengaplika­sikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, indah dan menarik dalam percakapan, terutamany­a apabila diwawancar­a oleh media.

“Jika mereka sendiri bercakap tanpa mengikut struktur bahasa yang betul, gaya bahasa yang indah bagaimana orang akan kagum dengan Bahasa Melayu?” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia