Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri kelilingi dunia guna kenderaan elektrik

Gloria Chee Shin Yi, Fan Yuhu mahu promosi penggunaan tenaga bersih, cipta rekod dunia Guinness

- Oleh Marlinda Mardzuki Gloria Chee Shin Yi Pengembara

KUCHING: Keinginan untuk mempromosi­kan penggunaan tenaga bersih dalam kehidupan seharian serta mencipta rekod dunia Guinness mendorong Gloria Chee Shin Yi dan suaminya, Fan Yuhu mengelilin­gi dunia hanya dengan menggunaka­n kenderaan elektrik (EV).

Pasangan suami isteri itu telah memulakan perjalanan mengelilin­gi dunia bermula 16 September tahun lalu di Johor Bahru dan dijangka berakhir di Singapura selewatlew­atnya Ogos 2025.

Gloria, 34, dari Johor Bharu memberitah­u, dia dan suaminya, Fan yang berasal dari Mongolia, China akan mengembara ke 100 negara dalam tempoh 800 hari.

“Setakat ini, kami sudah mengembara ke tujuh negara iaituMalay­sia,Thailand,Laos, China, Vietnam, Kemboja dan Brunei Darussalam.

“Kami telah menempuhi sejauh 20,000 kilometer (km) perjalanan dan selepas ini akan meneruskan pengembara­an ke Indonesia pada awal bulan depan,” katanya ketika ditemui di The Bibber’s Tale di sini, semalam.

Menjelas lanjut mengapa mereka mahu mempromosi­kan tenaga bersih, Gloria berkata ia disebabkan oleh sejarah keluarga suaminya, Fan yang mengalami masalah kesihatan.

“Keluarga sebelah suami saya mempunyai sejarah kanser paru-paru yang mana tiga generasi telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

“Jadi kami ingin mempromosi­kan penggunaan tenaga bersih ini kepada dunia, supaya kita dapat mewujudkan udara yang bersih pada masa akan

Setakat ini, kami sudah mengembara ke tujuh negara iaitu Malaysia, Thailand, Laos, China, Vietnam, Kemboja dan Brunei Darussalam.

datang,” ujarnya.

Ditanya kelebihan menggunaka­n EV berbanding kenderaaan enjin konvension­al seperti petrol dan diesel, Gloria berkata, ia merupakan sebuah kenderaan yang mesra alam, daya bateri tahan lama serta tidak memerlukan penyelengg­araan secara berkala.

“Bahkan kos untuk mengisi tenaga juga sangat rendah kerana kebanyakan negara menawarkan perkhidmat­an pengecasan EV secara percuma dan sehingga kini kami hanya membelanja­kan

RM200 untuk pengisian semula tenaga.

“Apatah lagi, kini banyak negara sudah menyediaka­n kemudahan pengecasan bagi kenderaan itu,” ujarnya yang turut kagum kemudahan ini mudah didapati di Sarawak.

Beliau dalam pada itu memberitah­u suaminya sebelum ini pernah mencatatka­n rekod dunia apabila berjaya mengembara ke enam benua dan pengalaman tersebut juga dikongsika­n menerusi buku bertajuk ‘A Man Wandering Earth’.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? MESRA ALAM: Gloria bersama suaminya, Fan merakam gambar kenangan bersama EV jenis BYD Atto 3 yang digunakan untuk mengelilin­gi dunia.
MESRA ALAM: Gloria bersama suaminya, Fan merakam gambar kenangan bersama EV jenis BYD Atto 3 yang digunakan untuk mengelilin­gi dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia