Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak jalanan: Mereka juga punya impian

- — Bernama

IMPIAN kanak-kanak berkulit sawo matang ini sungguh besar iaitu ingin merealisas­i minatnya dalam seni lukisan dengan memiliki galeri seni sendiri di tengah ibu kota satu hari nanti.

Meminati seni visual sejak berusia enam tahun, anak kelahiran Kuala Lumpur berusia12t­ahunitumem­asang impian tersebut dengan menginspir­asikan beberapa pelukis terkenal negara termasuk pempengaru­h yang mengetenga­hkan bakat seni lukis mereka di media sosial.

Namun, melihat kepada kehidupan yang dilalui kanak-kanak yang banyak menghabisk­an masa di jalanan dengan menjadikan kawasan Chow Kit, Lorong Haji Taib hingga Kampung Baru sebagai ‘taman permainan’ mereka dari petang hingga awal pagi, menimbulka­n satu persoalan mampukah impian itu terlaksana sekiranya tiada ‘tangan’ yang membantu?

“Keluarga tidak mampu hantar ke kelas seni dan kerana itu, saya akan belajar teknik melukis dari TikTok dan YouTube. Biasanya, lukisan jenis potret, pemandanga­n, abstrak antara yang saya minat untuk hasilkan.

“Saya juga minat teknik lukisan minyak selain suka lukisan mural dan pernah juga terlibat dalam beberapa projek mural di Kuala Lumpur dan luar,” kata Dhani Ahmad (bukan nama sebenar) kepada Bernama.

Situasi seperti Dhani bukan luar biasa bagi kanak-kanak di sekitar Chow Kit yang dihimpit dengan kemiskinan dan terpaksa tinggal di bilik kecil, tidak selesa disebabkan faktor ekonomi dan sosial keluarga.

Malah menurut Dhani, kehidupan dilaluinya walaupun sering dikaitkan masyarakat sebagai sisi gelap, namun anak keempat daripada lima beradik ini menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus mendalami bidang seni bagi membolehka­nnya keluar daripada kehidupan lorong melalui hasil karya seni.

“Walaupun harga kertas lukisan tidak sampai RM30 tetapi ayah tidak mampu untuk sediakanny­a setiap masa. Pernah juga saya cari duit lebih dengan melukis di Bukit Bintang tetapi tidak

selalu kerana ada adik kena jaga selain tidak ada bahan nak lukis.

“Saya memang mempunyai impian untuk keluar dari kawasan gelap ini dengan menjadi pelukis terkenal suatu hari nanti. Bersama kawan-kawan di Chow Kit, saya melihat sendiri pelbagai ancaman di sini, sepertiman­a orang kaitkannya dengan kawasan hitam. Tetapi, saya tidak yakin dapat keluar dari kawasan ini,” katanya sambil menambah dia dan adik-beradik serta bapanya menyewa sebuah bilik di Kampung Baru.

Berjalan kaki kira-kira lapan kilometer setiap hari dari bilik sewa ke ‘taman permainan’ tersebut, Dhani

yang bersekolah di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Chow Kit, akan bersama kanak-kanak senasib menghabisk­an masa melepak sambil menunggu bantuan makanan selain bermain bola, basikal dan sebagainya dari 4 petang hingga dua atau tiga pagi.

Kediaman sempit yang didiami kanak-kanak lelaki itu turut dirasai majoriti kanak-kanak di situ yang ibu bapa mereka hanya mampu menyewa bilik dengan keluasan sangat kecil kira-kira 3.04 x 3.04 meter persegi dan perlu dikongsi bersama adik-beradik selain ada memilih hidup sebagai gelandanga­n.

“Memanglah takut lepak

sampai awal pagi sebab kami pernah lari menyelamat­kan diri daripada diculik. Banyak kali situasi ini berlaku tetapi kami tetap datang sini sebab tidak ada pilihan,” kata Arif Aiman, 12, yang juga kawan baik Dhani.

Walaupun selesa dengan kehidupan dilaluinya, namun dia juga menyimpan impian untuk memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya ingin menjadi pegawai polis… Saya nak benteras jenayah yang ada di sekitar kawasan sini dan jenayah-jenayah lain,” kata anak kelima daripada 10 beradik yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Lorong Haji Taib.

Mereka mempunyai impian seperti kanak-kanak lain untuk menikmati kehidupan selesa serta berjaya. Namun, kemiskinan dan ketiadaan dokumen kerakyatan yang merantai kanakkanak jalanan di tengah ibu kota selain pelbagai masalah sosial lain, menjadikan sehingga hari ini bagai tiada noktah akan nasib dan masa depan mereka. Apakah ada sinar untuk komuniti minoriti ini mencipta kejayaan dan memutuskan warisan kemiskinan keluarga? Ini dikupas dalam bahagian pertama laporan khas masa hadapan kanak-kanak jalanan.

mereka keluar dari kawasan ini, kata pengasas dan ketua aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan Azhan Adnan.

Beliau yang turut dikenali sebagai ‘abbe’ berada di situ hampir setiap malam

Memang sukar dan polemik kemiskinan yang bagai tiada penghujung ini antaranya disebabkan kesedaran rendah dalam kalangan ibu bapa akan kepentinga­n pendidikan, kurangnya nilai rohani dan agama serta tiada dokumen pengenalan diri menjadi faktor utama mengekang selama lebih dua tahun sejak berakhirny­a pandemik COVID-19dankeakr­abannya bersama penghuni di situ begitu terserlah khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang memanggiln­ya ‘abah’.

Mendamping­i mereka, dia melihat sendiri akan kesukaran penghuni di situ keluar daripada persekitar­an hitam yang sering kali dikaitkan dengan pelbagai penyakit sosial dan tidak mustahil situasinya akan membarah sekiranya tiada langkah progresif dan proaktif diambil segera.

“Berdasarka­n data yang dikumpul, ketika ini terdapat lebih 70 kanak-kanak jalanan di kawasan ini. Tetapi, tidak mustahil jumlah sebenarnya lebih daripada itu kerana kanak-kanak jalanan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa, sama ada penghuni di sini yang melahirkan anak ataupun mereka dari negeri lain berhijrah ke sini.

“Seperti kita ketahui, ada yang mempunyai dokumen kerakyatan dan ada tidak dan mereka bersekolah di SBJK milik kerajaan ataupun yang dijalankan NGO (badan bukan kerajaan). Namun, selepas tamat persekolah­an, mereka ke mana?… Itu tidak dititikber­atkan dan sebab itu, kebanyakan anak-anak ini tercicir,” katanya.

Kemiskinan menghimpit dengan gaji harian yang begitu rendah sehingga terpaksa bergantung bantuan makanan mahupun barangan dapur, menjadikan mereka lebih mengutamak­an penyediaan makanan buat keluarga berbanding pembelajar­an anak-anak.

Justeru, ketika ditanya masa depan anak-anak ini apabila dewasa, Azhan berkata mereka bukan sahaja akan terus menetap di situ sebagai ahli masyarakat tetapi juga mewarisi kemiskinan dan sisi kehidupan bapa dan ibu mereka.

“Kanak-kanak ini tidak nampak dunia luar kerana terbelengg­u sebagai penghuni lorong gelap. Sekiranya kerajaan tidak campur tangan, tidak mustahil situasi ini akan tambah membarah dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

“Sudah tiba masanya, nasib kanak-kanak lorong ini wajar diberi perhatian serius apatah lagi kerajaan MADANI pernah menyuaraka­n komitmenme­rekamemera­ngi masalah keciciran pelajar. Hanya pendidikan yang dapat mengubah mereka” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TIADA HALA TUJU: Antara gelandanga­n menjadikan kaki lima bangunan sebagai tempat berteduh ketika tinjauan Bernama di Chow Kit dan Lorong Haji Taib Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama TIADA HALA TUJU: Antara gelandanga­n menjadikan kaki lima bangunan sebagai tempat berteduh ketika tinjauan Bernama di Chow Kit dan Lorong Haji Taib Kuala Lumpur.
 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Wartawan Bernama Norhidayyu Zainal (kiri) dan Nurhafizah Tan (kanan) ketika menyantuni kanak-kanak jalanan yang berada di sekitar Chow Kit dan Lorong Haji Taib Kuala Lumpur barubaru ini.
— Gambar Bernama FOKUS: Wartawan Bernama Norhidayyu Zainal (kiri) dan Nurhafizah Tan (kanan) ketika menyantuni kanak-kanak jalanan yang berada di sekitar Chow Kit dan Lorong Haji Taib Kuala Lumpur barubaru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? MENGHARAPK­AN BANTUAN: Antara gelandanga­n dan kanak-kanak menanti makanan yang dibawa oleh NGO (badan bukan Kerajaan) dan orang awam ketika tinjauan Bernama di Chow Kit dan Lorong Haji Taib Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama MENGHARAPK­AN BANTUAN: Antara gelandanga­n dan kanak-kanak menanti makanan yang dibawa oleh NGO (badan bukan Kerajaan) dan orang awam ketika tinjauan Bernama di Chow Kit dan Lorong Haji Taib Kuala Lumpur.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia