Utusan Borneo (Sarawak)

KDN laksana kajian lanjut tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen sedang melaksanak­an kajian untuk memanjangk­an tempoh sah laku pasport Malaysia antarabang­sa (PMA) kepada 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana tempoh sah laku pasport selama 10 tahun itu sudah dilaksanak­an di beberapa negara.

“Tempoh sah laku pasport selama 10 tahun sudah diamalkan dalam kalangan negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Selain itu di Itali, Perancis, Amerika Syarikat dan United Kingdom,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Pejabat Pasport Shaftsbury, di sini semalam yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.

Menurut Saifuddin Nasution kajian berkenaan dijangka siap dalam tempoh munasabah sebelum satu dasar dibuat berkaitan perkara itu.

“Saya percaya dalam tempoh munasabah bila hasil kajian itu kita peroleh, kita akan buat dasar tentang keperluan sama ada laksanakan untuk tempoh lima atau 10 tahun,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata satu lagi pejabat pasport imigresen akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu, Sabah yang dijangka beroperasi Jun depan.

Beliau berkata pejabat berkenaan kini dalam proses disiapkan sebelum beroperasi sepenuhnya.

“Dengan cara ini, kita dapat meningkatk­an kualiti perkhidmat­an tanpa menambah jawatan tetapi permudahka­n urusan imigresen dengan masyarakat,” katanya.

Mengenai Pejabat Pasport Shaftsbury, beliau berkata ia adalah pejabat ke-78 dibuka yang menerima permohonan untuk memperbaha­rui pasport secara dalam talian sepenuhnya.

Beliau berkata tiga lagi pejabat yang melakukan urusan pembaharua­n pasport secara dalam talian ialah cawangan pejabat di Wangsa Maju, Kajang dan Kelana Jaya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata sebanyak 3,057,825 pasport dikeluarka­n tahun lepas berbanding 2,574,435 pada tahun sebelumnya yang menyaksika­n peningkata­n sebanyak 20 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia