Utusan Borneo (Sarawak)

KPWKM cadang tubuh satu Anjung Kasih YKN setiap negeri

Pembinaan Anjung Kasih YKN mengurangk­an beban penjaga pesakit

- Menteri KPWKM

KOTA BHARU: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang menubuhkan sekurangku­rangnya sebuah Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) atau tempat penginapan sementara di setiap negeri, kata Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN berkata pada masa ini terdapat 19 Anjung Kasih YKN yang beroperasi sepenuhnya termasuk terbaharu disediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

“Pembinaan Anjung Kasih YKN ini mendapat permintaan daripada pelbagai hospital di seluruh negara untuk mengurangk­an beban penjaga pesakit terutama bagi pesakit yang lama dirawat di hospital.

“Insya-Allah sekurangku­rangnya satu Anjung Kasih akan dibina di setiap negeri, tetapi ada juga negeri yang mempunyai dua atau tiga fasiliti ini kerana keadaan

landskap penempatan pendudukny­a terutama di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis ‘Better Brighter’ Anjung Kasih (YKN) - Tenaga Nasional Berhad (TNB) di HRPZII di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin dan Pengerusi TNB Datuk Abdul Razak Majid.

Mengulas lanjut, Nancy berkata sebanyak 96,338 penghuni telah mendapat manfaat daripada penyediaan Anjung Kasih YKN yang

ditubuhkan sejak 2006.

“Pesakit yang sedang menerima rawatan memerlukan bantuan menguruska­n diri serta sokongan emosi daripada ahli keluarga atau waris, jadi fasiliti ini dapat meringanka­n beban perbelanja­an serta masa mereka untuk berulang-alik dari rumah ke hospital selain mengerat kasih sayang,” katanya.

Dalam pada itu, katanya menerusi tajaan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) TNB sejumlah RM1.5 juta diperuntuk­kan bagi penubuhan Better Brighter Anjung Kasih YKN–TNB tersebut, iaitu projek pertama di negeri ini. — Bernama

Insya-Allah sekurang-kurangnya satu Anjung Kasih akan dibina di setiap negeri, tetapi ada juga negeri yang mempunyai dua atau tiga fasiliti ini kerana keadaan landskap penempatan pendudukny­a terutama di Sabah dan Sarawak.

Datuk Seri Nancy Shukri

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Nancy ketika meninjau sekitar kemudahan yang disediakan di Anjung Kasih selepas Majlis Perasmian Better Brighter Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) — Tenaga Nasional Berhad (TNB) Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kota Bharu semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Nancy ketika meninjau sekitar kemudahan yang disediakan di Anjung Kasih selepas Majlis Perasmian Better Brighter Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) — Tenaga Nasional Berhad (TNB) Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia