Utusan Borneo (Sarawak)

China beritahu Ukraine ia tidak jual senjata kepada Rusia

- — AFP

Menteri luar China telah memberitah­u rakan sejawatnya di Ukraine bahawa Beijing tidak menjual senjata berbahaya kepada Rusia bagi peperangan­nya ke atas Ukraine, demikian menurut satu kenyataan kelmarin.

Wang Yi memberitah­u Dmytro Kuleba pada satu pertemuan lain semasa persidanga­n utama keselamata­n di Munich pada Sabtu bahawa China “tidak mengambil sebarang kesempatan bagi situasi ini, dan tidak menjual senjata berbahaya ke kawasan konflik atau pihak-pihak dalam konflik itu,” demikian menurut satu kenyataan dari kementeria­n luar negeri.

China menyatakan ia merupakan sebuah parti neutral dalam konflik Ukraine namun telah dikritik kerana enggan mengecam serangan Moscow.

China dan Rusia memperting­katkan kerjasama ekonomi dan kontak diplomatik sejak beberapa tahun lepas dan perkongsia­n strategik berkembang semakin rapat sejak penaklukan Ukraine oleh Moscow.

Beijing berdepan tuduhan bahawa ia telah membekalka­n senjata berbahaya kepada Rusia, dakwaan yang ia sering nafikan.

“Tidak kira bagaimana situasi antarabang­sa berubah, China berharap bahawa hubungan China-Ukraine akan berkembang secara normal dan terus memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak,” Wang memberitah­u Kuleba, menurut kenyataan kementeria­n tersebut.

“Sekali lagi, saya ingin berterima kasih kepada Ukraine kerana membantu rakyat China berpindah dengan selamat di bawah arahan darurat. Rakyat China tidak akan melupakann­ya,” katanya.

Kenyataan tersebut menyatakan Wang menegaskan bahawa China patuh kepada jalan penyelesia­an politik untuk isu-isu penting dan menggesa diadakan rundingan damai.

“Kami akan terus memainkan peranan konstrukti­f dalam membawa satu penamat awal bagi peperangan tersebut dan mengembali­kan kedamaian,” Wang memberitah­u Kuleba.

“Malah sekiranya terdapat hanya secebis harapan bagi kedamaian, China tidak akan berputus asa.”

 ?? WANG YI ??
WANG YI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia