Utusan Borneo (Sarawak)

SAR lelaki lemas guna bantuan anjing pengesan

- KUALA TERENGGANU: — Bernama

Khidmat dua ekor anjing pengesan digunakan semalam dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk, di sini kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata dua anjing itu dibawa untuk mengesan mangsa, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, dengan melakukan kaedah pencarian di kawasan tepi pantai.

Beliau berkata operasi yang memasuki hari kedua disertai oleh 64 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamata­n seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Operasi turut dibantu unit Pangkalan Udara JBPM Subang yang tiba 10 pagi semalam.

“Pencarian di kawasan pesisir pantai diperluas ke kawasan sepanjang lima kilometer iaitu dari lokasi kejadian hingga ke muara Kuala Ibai.

“Rondaan di kawasan darat dijalankan dari pagi semalam (kelmarin) hingga ke pagi ini

(semalam) tanpa henti manakala kerja-kerja selaman pula terpaksa dihentikan pada 6 petang semalam kerana faktor cuaca dan ombak yang tinggi,” katanya kepada pemberita di pantai berkenaan di sini semalam.

Sebagai tambahan, katanya unit dron dari APM dan ibu

pejabat JBPM Putrajaya juga tiba pagi semalam untuk melakukan pemantauan menggunaka­n peralatan berkenaan di lokasi-lokasi tertentu.

“Kami juga telah menghubung­i ibu pejabat untuk mendapatka­n bantuan daripada BBP Marang untuk

melakukan rondaan di sekitar Pantai Pandak bagi meluaskan usaha pencarian,” katanya.

Kelmarin Zulkarnain yang berasal dari Kuala Lumpur dilaporkan hilang di pantai itu dipercayai dibawa arus ombak ketika berjalan-jalan di tepi pantai.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERUSKAN MISI SAR: Anggota Bomba dan Penyelamat menggunaka­n dron dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) Zulkarnain yang masuk hari kedua di Pantai Batu Buruk, dekat Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama TERUSKAN MISI SAR: Anggota Bomba dan Penyelamat menggunaka­n dron dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) Zulkarnain yang masuk hari kedua di Pantai Batu Buruk, dekat Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia