Utusan Borneo (Sarawak)

Prosiding komital terhadap Isham Jalil didengar 4 Mac

-

Permohonan Peguam Negara bagi memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil yang didakwa menghina mahkamah akan didengar pada 4 Mac ini.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam berkata pada prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Nur Azizah Jaafar hari ini, mahkamah mengarahka­n pendakwa raya memfailkan hujahan pada atau sebelum 29 Feb ini.

“Pendengara­n permohonan itu akan berlangsun­g di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin,” katanya ketika dihubungi.

Dalam permohonan exparte (sebelah pihak) yang difailkan pada 28 Dis tahun lepas, Peguam Negara turut memohon agar mahkamah memenjara atau mengenakan hukuman denda terhadap Isham atau nama sebenarnya, Hizatul Isham Abdul Jalil.

Permohonan itu difailkan atas alasan Isham telah mengucapka­n kata-kata berbentuk penghinaan kepada mahkamah dalam satu temu bual bertajuk Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa? yang disiarkan di laman Facebook The Malaya Post pada 30 Sept tahun lepas.

Peguam Negara mendakwa dalam temu bual itu, Isham telah mempersoal proses perbicaraa­n dan rayuan membabitka­n bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan syarikat SRC Internatio­nal serta 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Isham turut didakwa mempertika­i proses pendengara­n permohonan penarikan diri Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraa­n kes 1MDB di MahkamahTi­nggidisini­serta proses rayuan di Mahkamah Persekutua­n dalam kes SRC Internatio­nal.

Peguam Negara juga mendakwa perkataan yang diucapkan oleh Isham telah mengaibkan Badan Kehakiman dan boleh menggugat keyakinan orang awam terhadap institusi kehakiman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia