Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam rampas air zamzam bernilai RM1.26 juta di ICQS Bukit Kayu Hitam

Ketulenan diragui kerana Arab Saudi tidak mengekspor­t produk air zamzam

- — Bernama

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 5,000 botol air zamzam bernilai lebih RM1.26 juta yang disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bukit Kayu Hitam, 13 Feb lepas.

Pengarah Kastam Kedah Nor Izah Abdul Latiff berkata rampasan dilakukan selepas pihaknya memeriksa sebuah lori kontena dipandu seorang lelaki warganegar­a Thailand bersama kelindanny­a yang juga warganegar­a sama.

“Air zamzam itu disembunyi­kan di bahagian belakang muatan kontena, manakala bahagian pintu kontena disusun kotak yang diikrar mengandung­i ‘pelembut fabrik’ bagi mengaburi pihak Kastam bagi mengelak daripada dikenakan duti dan cukai.

“Pihak Kementeria­n Kesihatan (KKM) juga mengesahka­n tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang diberikan lesen bagi import dan penjualan air zamzam,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya juga meragui ketulenan air zamzam itu memandangk­an

Arab Saudi tidak mengekspor­t produk air zamzam.

Air zamzam, katanya adalah barangan diklasifik­asikan sebagai barang larangan import mengikut Butiran 35, Jadual Ketiga, Item 19 (Larangan Mengenai Import) 2023 dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Dalam sidang media sama, beliau berkata pihaknya berjaya menggagalk­an cubaan menyeludup masuk 120 kilogram ganja bernilai

RM420,000 dalam serbuan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Sungai Berembang, Kuala Perlis pada Khamis lepas.

Menurut Nor Izah serbuan kira-kira 2.45 pagi itu dijalankan selepas pihaknya mengesan sebuah bot nelayan tanpa nombor pendaftara­n dipercayai dari negara jiran berada berhampira­n jeti berkenaan.

“Ketika serbuan, pasukan mendapati bot itu telah memunggah enam karung

guni yang diletakkan di gigi air berdekatan jeti berkenaan sebelum memecut laju apabila menyedari kehadiran anggota penguat kuasa,” katanya.

Beliau berkata dadah itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran melalui jalan laut menggunaka­n bot nelayan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Nor Izah berkata sepanjang tahun lepas sebanyak 547 kertas siasatan dibuka melibatkan pelbagai kesalahan penyeludup­an dengan nilai rampasan lebih RM11.9 juta manakala duti atau cukai terlibat dianggarka­n lebih RM8.19 juta.

“Bagi tahun ini, setakat 15 Feb lepas sebanyak 57 kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kastam 1967, manakala dua kes mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan jumlah nilai rampasan dianggarka­n lebih RM1 juta dan duti atau cukai dianggarka­n lebih RM538,000.

“Pihak Kementeria­n Kesihatan (KKM) juga mengesahka­n tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang diberikan lesen bagi import dan penjualan air ” zamzam. Nor Izah Abdul Latiff Pengarah Kastam Kedah

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Nor Azah (lima kiri) menunjukka­n air zam zam yang dirampas dari sebuah lori kontena di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada sidang media di Kompleks Kastam Kedah, dekat Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Nor Azah (lima kiri) menunjukka­n air zam zam yang dirampas dari sebuah lori kontena di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada sidang media di Kompleks Kastam Kedah, dekat Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia