Utusan Borneo (Sarawak)

Holjund cipta sejarah, beraksi cemerlang

Menjadi pemain paling muda menjaringk­an gol dalam enam perlawanan liga berturuttu­rut ketika dua sentuhan gol beliau memastikan kemenangan ke atas Luton 2-1

- Pengurus Manchester United

LUTON: Rasmus Hojlund mencipta satu sejarah dalam Liga Perdana Inggeris ketika dua jaringanny­a memastikan kemenangan ke atas Luton Town 2-1 pada Ahad.

Hojlund menjadi pemain paling muda yang menjaringk­an gol dalam enam perlawanan liga berturut-turut selepas menjaringk­an dua gol dalam tujuh minit pertama perlawanan di Kenilworth Road.

Pada usia 21 tahun dan 14 hari, Hojlund melepasi rekod lama yang dicipta pemain tengah Newcastle United, Joe Willock ketika dia berusia 21 tahun dan 272 hari.

Ruud van Nistelrooy menjaringk­an gol dalam 10 perlawanan berturut-turut United pada 2003 sebelum Jamie Vardy mengatasi rekod itu dengan 11 perlawanan berturut-turut pada 2015.

Selepas gagal menjaringk­an gol dalam 14 perlawanan liga pertama sejak perpindaha­n dari kelab Atalanta pada bulan Ogos tahun lepas, Hojlund sudah menjaringk­an lapan gol dari lapan perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an.

Dua golnya meletakkan United selesa di hadapan tetapi Luton melancarka­n satu kebangkita­n menerusi gol Carlton Morris.

Anak buah Erik ten Hag kemudian menguasai permainan namun mensia-siakan beberapa peluang untuk menamatkan saingan pasukan tuan rumah.

Memuji mentaliti Hojlund, Ten Hag berkata: “Kami mendapatka­n khidmatnya kerana karektor dia, saya tahu dia seorang yang kuat.

“Dia boleh beraksi dalam

tekanan dan ia adalah sesuatu yang diperlukan dari seorang penyerang Manchester United.

“Dia tidak berasa gemuruh atau hilang keyakinan. Dia mempunyai banyak keyakinan dan saya pasti dia akan menjaringk­an lebih banyak gol.”

Hojlund menambah: “Saya perlu berterima kasih kepada rakan sepasukan dan jurulatih kerana mereka menunjukka­n keyakinan tinggi kepada saya dan terus percaya dengan diri saya.

“Saya juga tahu saya boleh menjaringk­an gol tetapi sudah tentu ia menjengkel­kan saya tidak menjaringk­an gol dalam Liga Perdana di awal musim.”

Kemenangan liga yang

keempat berturut-turut buat United meletakkan mereka kurang lima mata di belakang pasukan di tangga keempat liga, Aston Villa, dalam saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Untuk satu tempoh yang lama sepanjang musim yang sukar, sasaran itu kelihatan sukar dicapai tetapi prestasi cemerlang Hojlund kini memberikan harapan baharu buat United.

“Kami kembali bersaing dan membina rentak. Kami perlu memberikan tekanan. Setiap perlawanan adalah seperti final untuk merapatkan saingan,” kata Ten Hag.

Dengan hanya 37 saat selepas sepak mula perlawanan,

Hojlund memintas hantaran lemah ke belakang oleh Amari’i Bell, mengelecek penjaga gol Thomas Kaminski sebelum menolak bola ke pintu gol.

Ia adalah gol liga terpantas United musim ini sebelum Hojlund menambah jaringan pada minit ketujuh apabila rembatan Alejandro Garnacho meluru ke hadapan pintu gol Luton, terkena dada Hojlund dan masuk ke pintu gol.

Morris mengembali­kan saingan Luton pada minit ke-14 dengan satu rembatan jarak dekat selepas rembatan Tahith Chong melantun ke arahnya.

Gabriel Osho tidak bernasib baik untuk mengikat kedudukan apabila tandukanny­a tersasar dari satu tendangan sudut.

Morris juga melihat rembatanny­a sedikit tersasar selepas Garnacho hilang bola.

Pemain pertahanan kiri United, Luke Shaw, terpaksa meninggalk­an padang sebelum rehat kerana kecederaan terbaharu dalam satu musim yang diselubung­i masalah kecergasan.

Luton sekali lagi mensiasiak­an peluang mengikat kedudukan apabila rembatan Alfie Doughty juga tersasar.

Ten Hag menggantik­an Casemiro dan Harry Maguire dengan Jonny Evans dan Scott McTominay pada masa rehat dalam usaha mengawal rentak Luton.

Walaupun dengan pertukaran pemain, Luton terus mengasak United selepas rehat dengan cubaan serius dari Cauley Woodrow dan Chong.

Marcus Rashford, Garnacho dan Bruno Fernandes kemudian gagal menyempurn­akan peluang untuk menamatkan saingan Luton sebelum akhirnya mengekalka­n kedudukan sehingga ke wisel penamat. — AFP

“Dia boleh beraksi dalam tekanan dan ia adalah sesuatu yang diperlukan dari seorang penyerang Manchester ” United. Erik ten Hag

 ?? — Gambar AFP ?? LINCAH: Hojlund (tengah) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain pertahanan Luton Gabriel Osho (kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Luton Town dan Manchester United di Kenilworth Road di Luton, London, kelmarin.
— Gambar AFP LINCAH: Hojlund (tengah) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain pertahanan Luton Gabriel Osho (kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Luton Town dan Manchester United di Kenilworth Road di Luton, London, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia