Utusan Borneo (Sarawak)

Voeller sokong jurulatih Alonso untuk terus kekal di Leverkusen

-

BERLIN: Bekas pengarah teknikal kelab Bayer Leverkusen, Rud Voeller berkata pada Ahad bahawa dia menyokong jurulatih Xabi Alonso untuk terus kekal selepas musim panas ini berikutan spekulasi dikaitkan dengan kelab Liverpool dan Bayern Munich.

Membimbing kelab yang berada di kelompok bawahan liga musim lepas, Alonso mengubah Leverkusen yang kini berkelebih­an lapan mata di singgahsan­a Bundesliga Jerman dan berada di landasan untuk memenangi kejuaraan liga buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Leverkusen ketika ini belum tewas dari 32 perlawanan dalam semua pertanding­an musim ini dan juga hanya seri empat kali.

Voeller memberitah­u akhbar tempatan, Bild, “Saya tidak dapat membayangk­an dia akan pergi ke kelab lain pada musim panas akan datang,” apabila ditanya tentang masa depan Xabi.

Voeller bermain di Leverkusen sebelum menjadi jurulatih dan kemudian pengarah teknikal kelab, satu jawatan yang dipegangny­a hampir dua dekad sehingga 2022, apabila mengambil tugas yang sama bersama skuad kebangsaan kebangsaan Jerman pada 2022.

Dan sebagai salah seorang anggota lembaga pengarah dan duta kelab, Voeller sentiasa hadir menyaksika­n perlawanan Leverkusen dan kerap dilihat duduk bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Fernando Carro.

“Ia boleh berlaku pada satu masa di mana dia pergi ke kelab lain tetapi saya tidak membayangk­an ia berlaku pada musim panas ini.”

Voeller berkata walaupun jika Alonso memberikan kejuaraan kepada Leverkusen, “spekulasi tidak akan berakhir, ia akan terus kedengaran”.

“Saya tidak fikir akan ada pemergian besar. Majoriti akan kekal, anda boleh sentiasa melakukan yang lebih baik pada musim seterusnya. Tetapi pertama sekali, kita perlu memberi fokus menamatkan musim ini.”

Voeller menamakan Liverpool, di mana pengurusny­a, Jurgen Klopp akan meletak jawatan pada akhir musim, bersama-sama Bayern Munich dan Real Madrid sebagai kemungkina­n destinasi Xabi.

Simon Rolfes, yang menggantik­an Voeller sebagai pengarah teknikal pada 2022, berkata pada Ahad di mana dia “pasti” Alonso tidak akan meninggalk­an kelab pada musim panas akan datang.

“Satu perkara penting ialah kontrak, satu lagi ialah bagaimana selesa dia di kelab. Dia tahu kami akan menjadi pasukan hebat musim hadapan.”

Alonso melanjutka­n kontrak di Leverkusen sehingga 2026 sebelum bermulanya musim ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia