Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern dikejutkan Bochum 2-3 dalam aksi Bundesliga Jerman

-

Bayern Munich dikejutkan dengan kekalahan 2-3 di kelab tercorot, Bochum dalam aksi Bundesliga Jerman pada Ahad, kekalahan ketiga berturut-turut dan kali pertama ia berlaku sejak 2015, menyebabka­n mereka kini ketinggala­n lapan mata di belakang pendahulu liga, Bayer Leverkusen.

Kekalahan itu adalah susulan kekalahan 0-3 kepada Leverkusen minggu lepas dan tewas 0-1 kepada Lazio pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara, meletakkan tekanan semakin tinggi ke atas jurulatihn­ya, Thomas Tuchel.

Tuchel bagaimanap­un tetap yakin selepas perlawanan dengan berkata “kekalahan hari ini tidak sepatutnya. Kami hanya sangat tidak bernasib baik.”

Bayern juga bermain 10 pemain dalam 13 minit terakhir permainan apabila Dayot Upamecano dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan kerana menyiku, Kevin Stoeger dan menghadiah­kan tendangan penalti kepada pasukan lawan. Ia adalah penyingkir­an kedua untuk perlawanan kedua berturut-turut.

Stoeger sendiri menyem

purnakan penalti untuk meletakkan Bochum 3-1 di hadapan.

Harry Kane menjaringk­an gol ketika berbaki tiga minit permainan untuk mengembali­kan harapan Bayern dan malah mempunyai satu

peluang untuk mengikat kedudukan namun tandukanny­a tepat ke arah penjaga gol Bochum, Manuel Riemann.

Bayern membelasah Bochum 7-0 dalam tiga dari lima pertemuan sebelum ini dan

pasukan pelawat menjaringk­an gol pembukaan menerusi rembatan Jamal Musiala pada minit ke-14.

Ia adalah gol pertama yang dijaringka­n Bayern dalam tempoh tiga jam permainan bola sepak.

Kane mempunyai peluang menambah jaringan apabila hanya bersemuka dengan Reimann namun rembatanny­a melambung tinggi.

Tuchel menyelar kegagalan pemainnya menyempurn­akan peluang dengan berkata “kami mempunyai lebih dari cukup peluang berkualiti yang biasa disempurna­kan oleh mereka.”

Bochum menangani semua asakan Bayern sebelum Takuma Asano mengikat kedudukan pada minit ke38, dari satu serangan pantas yang akhirnya menewaskan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer.

Bayern tiba-tiba ketinggala­n enam minit kemudian apabila Keven Schlotterb­eck menanduk masuk satu tendangan sudut.

Bayern cuba meningkatk­an permainan dalam separuh masa kedua tetapi perlawanan tertangguh 12 minit oleh bantahan penyokong terhadap pelan pelaburan Bundesliga, dan selepas itu, Bochum kelihatan mempunyai ‘bantahan’ mereka sendiri ke atas Bayern.

Ketika berbaki 10 minit permainan, Upamecano mengasari Stoeger ketika menanti tendangan sudut dan dilayangka­n kad kuning kedua perlawanan.

Stoeger menyempurn­a sendiri penalti untuk meletakkan Bochum semakin selesa di hadapan.

Kane merapatkan kedudukan pada minit ke-87 hasil umpanan Mathys Tel tetapi Bayern harus menyalahka­n diri mereka sendiri apabila gagal menyempurn­akan beberapa lagi peluang.

Jurulatih Bochum, Thomas Letsch, menambah: “Untuk menang menentang Bayern adalah sangat menarik, kerana mereka adalah pasukan penuh dengan pemain berbakat.”

Pada perlawanan lain, penyerang Freiburg, Michael Gregoritsc­h menjaringk­an gol saat akhir untuk mengikat Eintracht Frankfurt 3-3.

Dua gol Ansgar Knauff, kedua-duanya dari umpanan Omar Marmoush, yang juga merupakan penjaring gol, meletakkan Frankfurt diambang kemenangan.

Pasukan pelawat bagaimanap­un gagal menangani satu tendangan sudut, membolehka­n Gregoritsc­h menanduk menewaskan penjaga gol Kevin Trapp untuk mengikat kedudukan buat Freiburg pada minit akhir permainan.

Satu mata itu meletakkan Frankfurt empat mata di hadapan Werder Bremen di tangga keenam liga, slot terakhir kelayakan ke kejohanan bola sepak kelab di Eropah musim hadapan.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada aksi perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bochum dan Bayern Munich di Bochum, Jerman, kelmarin.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada aksi perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bochum dan Bayern Munich di Bochum, Jerman, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia