Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Boccia Sarawak sasar menangi empat emas temasya Para SUKMA 2024

-

Pasukan Boccia Sarawak menyasarka­n untuk memenangi empat emas dalam Sukan Para SUKMA 2024 bakal berlangsun­g di Kuching dari 21 hingga 29 September depan.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata sebagai sebahagian persiapan kejohanan tersebut seramai 18 atlet dan pegawai pasukan Boccia Sarawak ke Chungju, Chung Cheong Buk-Do, Korea Selatan pada April depan bagi menjalani latihan selama seminggu dan perlawanan persahabat­an bersama atlet-atlet pasukan Boccia tempatan di sana.

“Pada Para SUKMA 2022 di Kuala Lumpur lalu, kita memenangi dua emas, satu perak dan tiga gangsa.

“Wishesland Miri mempunyai ahli iaitu Tay Boon Seng merupakan juara kebangsaan bagi sukan Boccia dan beliau mewakili Sarawak ke Para SUKMA 2024 di Kuching untuk acara BC2 Lelaki dan BC1/BC2 Berpasukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Boccia Wishesland Miri, di sini kelmarin.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n, Datuk Sebastian Ting dan Presiden Wishesland Miri, Eunice Ho.

Dalam pada itu, Fatimah memberitah­u semasa Program Pembanguna­n Bakat dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS), tiga lagi ahli Wishesland Miri dipilih dilatih sebagai atlet simpanan pasukan Boccia Sarawak.

“Buat masa ini, kita mempunyai lima atlet Boccia Sarawak berpangkal­an di Miri menggunaka­n Dewan Boccia Wishesland Miri untuk berlatih.

“Gelanggang Boccia Wishesland Miri menjadi gelanggang Boccia pertama dibina di Sarawak mengikut keperluan BisFed (Persekutua­n Sukan Antarabang­sa Boccia).

“Terima kasih kepada Sebastian kerana menyumbang­kan geran kerajaan berjumlah RM250,000 bagi membina Dewan Boccia Wishesland Miri dan kerja-kerja pengindaha­n Wishes Magic Garden,”

jelasnya.

Selain itu, Fatimah berkata pembinaan Dewan Boccia bukan sahaja memaparkan ruang fizikal tetapi juga dapat dijadikan hab penglibata­n masyarakat, semangat kesukanan dan keterangku­man.

“Kita tidak sabar menyaksika­n kesan positif kemudahan ini kepada kehidupan ramai individu untuk tahuntahun mendatang,” katanya.

Sementara itu, Eunice berkata Wishesland Miri kini mencari pembiayaan bagi membeli van berkapasit­i 14 tempat duduk membolehka­n kanak-kanak berdepan masalah pengangkut­an datang ke pusat tersebut bagi menjalani terapi dan aktiviti harian.

Sebastian dan Fatimah berkata, mereka membincang­kan perkara itu dan membantu pusat terbabit membeli kenderaan diperlukan.

Wishesland Miri menawarkan perkhidmat­an fisioterap­i, hidroterap­i, terapi pekerjaan, aktiviti kehidupan seharian, akademik, terapi bermain dan rawatan penyembuha­n semula jadi untuk kanakkanak Cerebral palsy.

 ?? ?? TERBAIK: (Berdiri tiga dari kiri) Eunice, Sebastian dan Fatimah bersama ahli-ahli jawatankua­sa Wishesland serta atlet-atlet Boccia di Miri kelmarin.
TERBAIK: (Berdiri tiga dari kiri) Eunice, Sebastian dan Fatimah bersama ahli-ahli jawatankua­sa Wishesland serta atlet-atlet Boccia di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia