Utusan Borneo (Sarawak)

Hidupkan semula lumba basikal di Miri

Miri memiliki tempat-tempat menarik malah pernah menganjurk­an kejohanan sukan utama kebangsaan dan antarabang­sa

- Oleh Steve Annuar Dato Sri Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an

Kita mahu menghidupk­an perlumbaan berbasikal di Miri kerana bandar raya ini memiliki tempat-tempat menarik untuk penganjura­n perlumbaan itu, malah keadaan muka bumi rata membolehka­n berbasikal hingga ke Kuala Baram.

MIRI: Menteri Pengangkut­an, Dato Sri Lee Kim Shin mahu penganjura­n perlumbaan berbasikal di Miri dihidupkan semula setelah terhenti akibat penularan wabak COVID-19 lalu.

Justeru, beliau mengajak kelab-kelab berbasikal di sini untuk merancang lebih banyak aktiviti perlumbaan berbasikal dalam usaha menjadikan Miri pusat penganjura­n kejohanan sukan utama kebangsaan dan antarabang­sa.

“Kita mahu menghidupk­an perlumbaan berbasikal di Miri kerana bandar raya ini memiliki tempat-tempat menarik untuk penganjura­n perlumbaan itu, malah keadaan muka bumi rata membolehka­n berbasikal hingga ke Kuala Baram.

“Malah, Bandar raya Miri pernah menjadi tuan rumah penganjura­n perlumbaan basikal peringkat antarabang­sa sebelum ini,” katanya selepas menyampaik­an hadiah kepada pemenang perlumbaan basikal Miri Criterium 1.0 di sini kelmarin.

Kejohanan anjuran Kelab Berbasikal Masterpiec­e itu disertai seramai 225 peserta dari Miri, Kuching, Bintulu,

Kota Kinabalu, Sibu, Mukah, Saratok dan Serian.

Perlumbaan itu juga berjaya menarik penyertaan pelumba-pelumba

antarabang­sa dari negara United Kingdom, Jerman, Afrika Selatan dan Brunei Darussalam.

Menurut Lee, perlumbaan itu adalah yang pertama dianjurkan selepas penularan wabak COVID-19.

Beliau memberitah­u, lebih 600 orang pelumba terlibat dalam perlumbaan kali terakhir sebelum wabak itu melanda negara.

“Kita mahu menggalakk­an Kelab Berbasikal Masterpies­e menganjurk­an perlumbaan berbasikal peringkat antarabang­sa di Miri pada tahun depan.

“Justeru, kita juga berharap Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan memberi mereka sokongan dan menganjurk­an acara-acara besar dan peringkat antarabang­sa di Miri,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, Kelab Berbasikal Masterpiec­e kerap menjadi penganjur utama dan berjaya mengendali­kan perlumbaan tersebut dengan jayanya.

Kejohanan tersebut adalah permulaan terhadap usaha untuk menghidupk­an semula perlumbaan berbasikal di sini.

“Acara ini berjaya menarik ramai peserta dari luar Miri. Ia merupakan acara yang baik untuk membawa pelumbapel­umba basikal dalam dan luar negara ke Bandar raya Miri,” katanya.

 ?? ?? TAHNIAH: kelmarin.
Lee (barisan kedua di tengah) bersama ahli-ahli jawatankua­sa penganjur dan pemenang Miri Criterium 1.0 di Miri
TAHNIAH: kelmarin. Lee (barisan kedua di tengah) bersama ahli-ahli jawatankua­sa penganjur dan pemenang Miri Criterium 1.0 di Miri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia