Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak pilih atlet terbaik tanpa ada unsur ‘pilih kasih’

-

Sarawak memilih atlet-atlet terbaik tanpa ada unsur ‘pilih kasih’ bakal beraksi pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI berlangsun­g di negeri ini Ogos depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tiada unsur pilih kasih menetapkan atlet-atlet mewakili Sarawak pada temasya sukan dwi-tahunan itu nanti.

“Di mana-mana negeri iaitu dalam kebanyakan sukan, perkara seperti ini (pilih kasih) memang ada berlaku.

“Lebih-lebih lagi apabila satu persatuan jawatankua­sanya dipelopori oleh ibu bapa di mana anak mereka antara terlibat dalam latihan dijalankan.

“Siapa sahaja tidak mahu anak sendiri mewakili Sarawak selepas mereka (ibu

bapa) melatih anak mereka setiap hari dan sekiranya anak mereka tidak terpilih, ia mengundang kemarahan ibu bapa.

“Bagaimanap­un, kita melihat perkara ini dan saya berharap isu seperti ini dapat

diatasi dan hanya yang terbaik sahaja boleh mewakili Sarawak,” katanya ditemui selepas menyempurn­akan Road To SUKMA XXI 2024 di sini semalam.

Dalam pada itu, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif

dan Seni Persembaha­n itu menambah pihaknya bertindak ‘campur tangan’ sekiranya situasi pilih kasih berlaku dalam tempoh 180 hari lagi menjelang temasya sukan itu.

“Kita sedaya upaya tidak mahu terlibat (campur tangan) kerana setiap acara sukan dan persatuan, ada jurulatih sendiri.

“Kecuali kalau keadaan sudah menjadi agak rumit dan kita tahu ada pilih kasih mendadak dalam pemilihan atlet, kita masuk campur dan sekiranya tidak berlaku, kita tidak mahu masuk campur,” jelasnya.

SUKMA XXI 2024 bakal berlangsun­g di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos depan melibatkan sembilan Bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri.

 ?? ?? DITEMUI MEDIA: Abdul Karim semasa ditemui media selepas menyempurn­akan Road To SUKMA XXI 2024 di Auditorium Muzium Budaya Borneo, Kuching semalam.
DITEMUI MEDIA: Abdul Karim semasa ditemui media selepas menyempurn­akan Road To SUKMA XXI 2024 di Auditorium Muzium Budaya Borneo, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia