Utusan Borneo (Sarawak)

Dua sekawan dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh

-

Dua sekawan masingmasi­ng dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam daripada tuduhan membunuh seorang pemuda berusia 27 tahun di tengah jalan antara Kampung Resak dan Kampung Diang, Serian pada 2019.

Hakim Dr Alwi Abdul Wahab membuat keputusan itu pada akhir kes pendakwaan terhadap dua tertuduh yang masingmasi­ng berusia 17 dan 16 tahun pada waktu kejadian (2019) dan diklasifik­asikan sebagai pesalah kanak-kanak.

Alwi ketika membacakan keputusann­ya berkata, mahkamah meneliti hujahan kedua-dua pihak dan mendapati pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Beliau antara lainnya berkata, berlaku percanggah­an dalam keterangan salah seorang saksi kes tersebut sehingga ia tidak boleh diterima oleh mahkamah.

Jelasnya, bukti dikemukaka­n oleh saksi tersebut mempunyai kelemahan, percanggah­an dan tidak layak diberi kredit.

”Oleh itu adalah tidak selamat untuk bergantung kepada keterangan saksi tersebut sahaja tanpa sokongan (corroborat­ion). Mahkamah mendapati pendakwaan gagal menubuhkan kes prima facie terhadap keduadua pesalah kanak-kanak tersebut.

”Justeru, kedua-dua pesalah kanak-kanak dibebaskan dan dilepaskan tanpa perlu membela diri,” ujarnya dalam prosiding petang semalam.

Kedua-dua tertuduh yang kini masing-masing berusia 20 dan 21 tahun, didakwa membunuh seorang pemuda pada 22 September 2019, antara jam 2.45 hingga 3.50 pagi di tengah jalan antara Kampung Resak dan Kampung Diang, Serian.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Kes yang dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin itu menyaksika­n pihak pendakwaan memanggil sejumlah 20 saksi untuk memberikan keterangan dalam kes ini.

Pesalah kanak-kanak pertama diwakili peguam Lim Lian Kee sementara pesalah kanak-kanak kedua diwakili Osman Ibrahim, Nur Atiqah Kulah dan Ernie Natasha Azman.

Media terdahulu melaporkan polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4 pagi, 22 September 2019 yang memaklumka­n terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam keadaan berdarah di tengah jalan raya di antara Kampung Resak dan Kampung Diang, Serian.

Polis kemudian dilaporkan bergegas ke tempat kejadian namun hasil siasatan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

Susulan itu, empat suspek dalam lingkungan umur 16 hingga 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Difahamkan, punca kejadian dipercayai akibat mabuk dan dendam lama.

 ?? ?? TERLEPAS HUKUMAN: Tertuduh (dua kiri dan tiga kiri) bersama peguam mereka Lim (kiri), Nur Atiqah (dua kanan) dan Ernie semasa berada di lobi Kompleks Mahkamah Kuching selesai prosiding kes semalam.
TERLEPAS HUKUMAN: Tertuduh (dua kiri dan tiga kiri) bersama peguam mereka Lim (kiri), Nur Atiqah (dua kanan) dan Ernie semasa berada di lobi Kompleks Mahkamah Kuching selesai prosiding kes semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia