Utusan Borneo (Sarawak)

Hak pekerja di Malaysia diselarask­an

KSM sedang dalam proses menyeragam­kan Ordinan Buruh Sarawak dengan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.

- Oleh Marlinda Mardzuki

Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) sedang dalam proses menyeragam­kan Ordinan Buruh Sarawak dengan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.

Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata, ia bagi memastikan hak untuk pekerja di negara ini sama ada di Semenanjun­g, Sabah atau Sarawak diselarask­an.

“Bagi pindaan Ordinan Buruh Sarawak, kita (KSM) kini dalam peringkat akhir perbincang­an bersama Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program Kesuma MADANI sempena Tahun Baharu Cina di sebuah hotel di sini, semalam.

Sim memberitah­u, pada minggu lepas Gerawat telah mengadakan pertemuan dengan KSM untuk berbincang mengenai isu tersebut.

“Kita telah memberikan pandangan dan cadangan dalam perjumpaan tersebut dengan Gerawat dan beliau maklum akan bawa hasil perbincang­an ini kepada

Kabinet Sarawak.

“Saya yakin dengan kerjasama dan hubungan rapat antara KSM dan

Kerajaan Sarawak, kita dapat mencapai kata putus untuk melaksanak­an pindaan Ordinan Buruh Sarawak dalam masa terdekat," katanya.

Menurutnya, penyelaras­an melalui pindaan Ordinan

Buruh Sarawak itu akan membolehka­n pekerja tempatan di Sarawak menikmati hak dan manfaat yang sama seperti rakyat di negeri lain.

“Penyelaras­an ini perlu kerana sebelum ini ada beberapa pindaan yang dibuat pada Akta Kerja yang belum lagi dimasukkan ke dalam Ordinan Buruh Sarawak seperti waktu bekerja, gaji dan sebagainya.

“Justeru, kita mahu seragamkan semua perkara dalam Akta Kerja itu dengan Sarawak," katanya.

Tahun lepas, Gerawat berkata Kabinet Sarawak telah meluluskan draf pindaan kepada Ordinan Buruh Sarawak, yang turut memasukkan pindaan kepada Akta Kerja serta peruntukan undangunda­ng berkaitan Standard Perumahan Minimum untuk pekerja.

Beliau berkata pindaanpin­daan itu termasuk menambah tempoh cuti bersalin daripada 60 kepada 98 hari, peruntukan baharu untuk cuti paterniti tujuh hari, mengurangk­an jumlah jam bekerja seminggu daripada 48 jam kepada 45 jam dan peruntukan­peruntukan baharu menentang gangguan seksual.

 ?? ?? DISELARAS: Sim ditemani Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Hamzah ketika ditemui media selepas merasmikan program Kesuma MADANI sempena Tahun Baharu Cina semalam.
DISELARAS: Sim ditemani Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Hamzah ketika ditemui media selepas merasmikan program Kesuma MADANI sempena Tahun Baharu Cina semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia