Utusan Borneo (Sarawak)

Batik Air dan Jiangsu Topview tandatanga­n MoU untuk tambah laluan China-Malaysia

-

PUTRAJAYA: Syarikat penerbanga­n Batik Air dan Jiangsu Topview Cultural Tourism Industry Developmen­t Co. Ltd. (Jiangsu Topview) dari China semalam menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bagi memperluas­kan penerbanga­n sewaan bagi laluan China.

Ia membabitka­n empat laluan iaitu dari Nanning ke Kuala Lumpur, Shanghai ke Tawau, Chengdu ke Tawau, dan Shenzhen ke Tawau.

Tourism Malaysia dalam kenyataan berkata MoU itu akan meluaskan lagi perkhidmat­an penerbanga­n sewa sedia ada yang diusahakan oleh Jiangsu Topview, yang telah bermula pada 23 Januari lepas dan akan berterusan sehingga penghujung Mac 2024 bagi memenuhi keperluan penerbanga­n pada musim cuti Tahun Baru Cina dan perayaan musim bunga.

“Disebabkan sambutan yang memberangs­angkan terhadap perkhidmat­an penerbanga­n sewaan itu, Jiangsu Topview telah memutuskan untuk meneroka pengembang­an laluan tambahan bersama Batik Air,” menurut kenyataan itu.

MoU berkenaan ditandatan­gani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy, dan Pengurus Besar Pusat Penerbanga­n dan Pelanconga­n Jiangsu Topview Rose

Wan, dengan disaksikan oleh Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Sementara itu, Tiong berkata kerjasama strategik antara Jiangsu Topview dan Batik Air menandakan ikatan yang semakin kukuh antara dua negara, membuka jalan untuk kedatangan pelancong China yang lebih ramai ke Malaysia.

“Kerjasama ini juga selaras dengan usaha kita untuk mengukuhka­n hubungan pelanconga­n dan mempromosi­kan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelancong China,” katanya.

Pada tahun 2023, Malaysia menerima kehadiran 1.47 juta pelancong dari China, pertumbuha­n yang berlipat ganda, menjangkau sehingga 593.4 peratus, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2022 dengan kehadiran 212,603 pelancong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia