Utusan Borneo (Sarawak)

Soup Kitchen di CSSC Kuching diiktiraf halal oleh JAIS

-

Soup Kitchen yang beroperasi di Pusat Sokongan Sosial Masyarakat (CSSC) Kuching kini diiktiraf halal oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dengan sijil halal dimiliki oleh Society for Kuching Urban Poor (SKUP) iaitu pengendali Soup Kitchen, komuniti yang memerlukan dapat menikmati makanan dijamin bersih dan halal di Soup Kitchen.

“Kenapa kita mahukan sijil halal, kerana golongan kurang bernasib baik dan memerlukan di Kuching bukan sahaja terdiri daripada orang bukan Islam, tetapi ada juga orang Islam.

”Kita juga mempunyai gelandanga­n yang datang dari kawasan lain, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan mereka tahu di mana untuk mendapatka­n sarapan pagi dan makan tengah hari percuma,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kesejahter­aan Komuniti Rentan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di CSSC Kuching semalam.

Tambah beliau, Soup Kitchen telah menyediaka­n lebih 100 hidangan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari setiap hari bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam dan bukan Islam yang memerlukan.

Menurutnya, pihaknya juga menerima sumbangan daripada individu dan badan korporat untuk pusat itu.

Untuk rekod, antara Disember 2022 dan 2023, Soup Kitchen telah menyediaka­n 37,513 hidangan untuk golongan yang memerlukan, 68 peratus daripadany­a adalah untuk makan tengah hari.

Soup Kitchen bertujuan menyediaka­n makanan bermasak bagi sarapan pagi dan makan tengah hari percuma kepada golongan memerlukan berdasarka­n syaratsyar­at kelayakan yang telah ditetapkan.

 ?? ?? DIJAMIN HALAL: Fatimah menyaksika­n penyerahan sijil halal daripada wakil JAIS kepada Presiden SKUP Dato Fabian Wong.
DIJAMIN HALAL: Fatimah menyaksika­n penyerahan sijil halal daripada wakil JAIS kepada Presiden SKUP Dato Fabian Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia