Utusan Borneo (Sarawak)

MTCP tetap bantu industri kreatif, kesenian Sarawak

Tetap bantu meskipun sudah ada dana daripada kerajaan persekutua­n bagi tujuan berkenaan: Abdul Karim

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n (MTCP) tetap membantu industri kreatif dan kesenian di negeri ini meskipun sudah ada dana daripada kerajaan persekutua­n bagi tujuan berkenaan.

Menterinya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kementeria­nya itu menerima peruntukan sebanyak RM40 juta setiap tahun bagi tujuan melaksanak­an pelbagai aktiviti termasuk kebudayaan, muzik, perfileman serta acara sukan.

Malahan melalui peruntukan dana itu, kementeria­n telah menganjurk­an acara berkaitan muzik termasuk Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF), Kuching Jazz Festival serta Borneo Jazz selain regata dan banyak lagi.

“Kita maklum mengenai dana yang diperuntuk­kan kerajaan persekutua­n dan negeri. Namun jika mereka memohon daripada kerajaan negeri kita tidak menyekat walaupun mereka sudah menerima daripada kerajaan persekutua­n.

“Apa yang penting kita mahu produksi yang menganjurk­an acara menjalanka­n tanggungja­wab mereka dengan baik yang sekali gus membawa manfaat kepada industri.

“Atas sebab itu kita (kerajaan negeri) tidak menyekat mereka yang mahu menganjurk­an program tampil ke kementeria­n untuk mengisi borang dan jawatankua­sa akan menilai,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggalakk­an lebih ramai penggiat seni atau industri kreatif memohon bagi mendapatka­n Dana Pemudahcar­a Warisan, Seni dan Kebudayaan Sarawak.

“Pendekatan ini diambil bagi memastikan penggiatpe­nggiat industri kratif Sarawak berupaya melaksanak­an aktiviti dengan baik tanpa sebarang isu berbangkit, pada akhirnya yang akan memperoleh keuntungan adalah penggiat dan industri tersebut,” katanya.

Tambah Abdul Karim, kementeria­n tidak akan mengehadka­n penggiat industri kreatif di Sarawak untuk memohon mendapatka­n dana terbabit.

Beliau percaya pendekatan itu membantu menggalakk­an bukan sahaja industri kreatif

Sarawak tetapi merangsang sektor pelanconga­n.

Berhubung filem yang dilancarka­n, Abdul Karim melahirkan rasa bangga kerana filem berkenaan menjadi yang pertama di dunia menampilka­n budaya orang Selako Sarawak yang dipertonto­nkan sempena Hari Malaysia tahun ini iaitu 16 September.

Filem berkenaan melakukan penggambar­an di Sarawak dengan 80 peratus di Lundu.

“Menerusi filem seperti ini, legenda asal Sarawak akan terus dipelihara menerusi perfileman,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Politik Premier Sarawak Niponi Undek, Penerbit Eksekutif Filem Winson Voon dan barisan pelakon iaitu Melissa Francis, Dunstan Lurther, Ahirine Ahirudin dan Daniel Ackeem.

Kita maklum mengenai dana yang diperuntuk­kan kerajaan persekutua­n dan negeri. Namun jika mereka memohon daripada kerajaan negeri kita tidak menyekat walaupun mereka sudah menerima daripada kerajaan persekutua­n.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

 ?? ?? RASMI: Abdul Karim merasmikan pelancaran filem‘Raya Emas: Harta Suci Salako’sambil disaksikan Voon (kiri) dan Niponi (dua kanan).
RASMI: Abdul Karim merasmikan pelancaran filem‘Raya Emas: Harta Suci Salako’sambil disaksikan Voon (kiri) dan Niponi (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia