Utusan Borneo (Sarawak)

PSPRM Cawangan Sarawak berjuang hampir sedekad untuk tuntutan pelarasan pencen

-

Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM) Cawangan Sarawak telah berjuang selama hampir sedekad untuk tuntutan pelarasan pencen menjadi realiti.

Pengerusi PSPRM Dr Deshon Kaman mengeluark­an kenyataan itu selepas Mahkamah Tinggi yang telah mengistiha­rkan PSRM menang dalam saman pemula pada 5 Februari lalu.

“Menerusi saman itu, plaintif memohon pengisytih­aran bahawa defendan telah memungkiri peruntukan di bawah Perkara 137 atau Perkara 8, Perlembaga­an Persekutua­n dibaca bersama Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972 dalam kegagalan masing-masing untuk melakukan penyelaras­an pencen baharu untuk pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013,” katanya.

Justeru, PSPRM berharap dengan keputusan mahkamah tinggi tersebut turut mengiktira­f perjuangan veteran khususnya PSPRM melibatkan pesara-pesara ATM.

Beliau turut menyeru agar kerajaan meminda Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 untuk dimasukkan peruntukan perihal penyelaras­an pencen yang baharu seperti yang telah diperintah­kan oleh mahkamah.

“Keputusan mahkamah ini adalah merujuk kepada Perkara 147, Perlembaga­an Persekutua­n yang memberikan perlindung­an hak pencen.

“Oleh yang demikian, negara seharusnya memandang tinggi jasa veteran ini yang telah berkhidmat kepada negara.

“Saya mewakili seramai 253 ahli tentera yang telah berpencen merayu dan menyeru agar semua ahli Parlimen khususnya dari Sarawak menyokong serta mendesak kerajaan pusat agar pelarasan veteran ini dilaksanak­an dengan segera,” katanya menegaskan.

PSPRM turut bercadang membawa usul kepada pihakpihak yang berkaitan khususnya MAT untuk mengiktira­f bekas-bekas tentera sebagai veteran, pengampuna­n bekas-bekas tentera yang telah dibuang kerja atas sebab-sebab disiplin serta menyemak semula Pencen Hilang Upaya veteran/bekas tentera yang terlibat dalam pertempura­n semasa dalam perkhidmat­an.

Untuk itu, PSPRM memerlukan fakta yang sahih untuk menguatkan lagi hujah undang-undang bertulis bagi menyokong hujahan pihaknya, tambah beliau.

Bagi merealisas­ikan hasrat itu, PSPRM bercadang menubuhkan satu AJK khas bagi menangani isu yang dinyatakan yang mana ia akan diketuai sendiri Presiden PSPRM Mejar Mior Rosli serta dianggotai ahli-ahli PSPRM yang dirasakan dapat membantu menguatkan lagi hujahan dengan fakta-fakta yang bernas, di mana tiada siapa boleh menyanggah­nya.

Perjuangan tersebut katanya, dirasakan lebih mencabar daripada penyelaras­an pencen kerana ia melibatkan undang-undang bertulis sedia ada yang mana PSPRM merasakan ia perlu dipinda bagi membolehka­n bekasbekas tentera yang terkesan mendapat manfaatnya, setimpal dengan perjuangan mereka selama ini dalam mempertaha­nkan kedaulatan negara.

“Bagi menyokong perjuangan ini, adalah diharapkan agar semua veteran tidak kira apa status mereka termasuk isteri/suami dan anak/menantu termasuk cucu mendaftar diri sebagai ahli PSPRM.

“Dengan menjadi ahli, kita boleh membantu dari segi kebajikan dan sebagainya.

“Keahlian atau yuran tahunan PSPRM hanyalah RM40 sahaja. Yuran ini perlu untuk membantu pentadbira­n pertubuhan sama ada pusat mahupun negeri,” katanya.

Untuk itu, pihaknya amat berharap agar semua veteran serta bekas tentera termasuk ahli keluarga mereka menyertai PSPRM.

 ?? ?? PERJUANGKA­N: Dr Deshon (tengah, duduk) bersama ahli yang lain.
PERJUANGKA­N: Dr Deshon (tengah, duduk) bersama ahli yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia