Utusan Borneo (Sarawak)

10,000 rakyat Sarawak disasar terima latihan secara percuma sempena NTW

-

KUCHING: Seramai 10,000 rakyat Sarawak disasarkan menerima latihan secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) yang akan berlangsun­g pada 24 dan 30 Jun tahun ini.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, program NTW itu merupakan anjuran Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) melalui Perbadanan Pembanguna­n Sumber Manusia (HRD Corp).

“NTW adalah antara pendekatan KSM untuk menyediaka­n latihan kemahiran pekerja kepada rakyat pelbagai lapisan dan peringkat.

Ada lebih 100 jenis kursus disediakan dengan nilai kursus tersebut lebih RM20 juta.

“Kita akan buat secara habis-habisan bagi memastikan pasaran tenaga kerja tidak kira di Sarawak atau tempat lain bersiap sedia untuk meningkatk­an produktivi­ti sekali gus merancakka­n lagi ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program Kesuma MADANI sempena Tahun Baharu Cina di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n,

Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta tetamu kehormat lain.

Sim menambah, usaha itu juga seiring dengan hasrat

kerajaan pusat dan negeri, terutama melalui Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) yang dijangka menjana lebih RM300 bilion pelaburan menjelang 2030.

Beliau turut memberitah­u, pada tahun lalu seramai 2,500 rakyat Sarawak telah mendapat latihan secara percuma dalam program NTW.

Terdahulu, Sim turut menyaksika­n majlis pertukaran memorandum persefaham­an (MoU) antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) pada program Hari Bertemu Pelanggan KSM Peringkat Wilayah Sarawak di sini.

MoU itu menandakan kerjasama bagi program bantuan teknikal dan latihan vokasional Petronas di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikenali sebagai Program Vocational Institutio­n Sponsorshi­p and Training Assistance (VISTA) Petronas.

Beliau turut melancarka­n Buku Panduan Cegah dan Banteras Amalan Buruh Paksa dan Pemerdagan­gan Orang serta penyampaia­n Faedah Kepada Penerima PERKESO pada program tersebut.

 ?? ?? TRADISI: Sim bersama Abdul Karim dan yang lain menggaul Yee Sang pada majlis perasmian program Kesuma MADANI sempena Tahun Baharu Cina semalam.
TRADISI: Sim bersama Abdul Karim dan yang lain menggaul Yee Sang pada majlis perasmian program Kesuma MADANI sempena Tahun Baharu Cina semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia