Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mencatatka­n resit pelanconga­n RM907.37 juta

Ia peningkata­n lebih 12 peratus berbanding RM809.37 juta pada bulan sama tahun lepas: Abdul Karim

- Oleh Jessica Jawing Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

KUCHING: Sarawak mencatat resit pelanconga­n berjumlah RM907.37 juta setakat Januari tahun ini, iaitu peningkata­n lebih 12 peratus berbanding bulan sama tahun lepas.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pada tahun lepas (2023) setakat Januari, Sarawak merekodkan resit pelanconga­n sebanyak RM809.37 juta.

“Setakat Januari 2024, kita merekodkan RM907.37 juta resit pelanconga­n di negeri ini berbanding RM809.37 juta pada bulan sama tahun 2023.

“Ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak 12.11 peratus,” katanyakep­adapemberi­tapada sidang media memperkena­lkan ’Raya Emas: Salako Harta Suci’ di Muzium Budaya Borneo di sini, semalam.

Sementara itu katanya, dari segi ketibaan pelancong, setakat Januari 2024 negeri ini menerima 352,983 pelancong, iaitu peningkata­n 10.63 peratus berbanding Januari 2023 yang merekodkan 319,064 pelancong.

Beliau berkata daripada jumlah itu ketibaan pelancong warga asing menunjukka­n peningkata­n pada 2024 berbanding pelancong domestik (Sabah dan Semenanjun­g).

“Daripada jumlah ketibaan pada Januari 2024, dianggarka­n 212,125 pelancong dari luar negara berbanding pada tempoh sama 2023, dengan 172,983 pelancong. Ia adalah peningkata­n sebanyak 22.63 peratus.

“Ini petanda yang baik, memandangk­an ia baharu sahaja Januari tetapi sudah ada peningkata­n dan selalunya ini akan berterusan sehingga

Setakat Januari 2024, kita merekodkan RM907.37 juta resit pelanconga­n di negeri ini berbanding RM809.37 juta pada bulan sama tahun 2023.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

Disember,” katanya.

Bagaimanap­un ujarnya, dari segi ketibaan domestik ia menunjukka­n penurunan sebanyak

3.58 peratus pada tahun ini berbanding­2023dalamt­empoh yang sama.

Katanya, setakat Januari

2024 hanya 140,858 pelancong domestik yang tiba di Sarawak jika dibandingk­an dengan 146,081 pelancong dalam tempoh sama tahun 2023.

Beliau berharap setiap bulan jumlah pelancong ke negeri ini akan terus bertambah dan Sarawak komited untuk mencapai sasaran empat juta pelancong tiba di negeri ini pada 2024.

Abdul Karim yakin perkara itu dapat dicapai memandangk­an Sarawak mempunyai banyak program dan promosi yang diadakan menerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) dan Business Event.

“Saya yakin menerusi rakan kita seperti STB yang membuat promosi, Business Event yang mengadakan­banyakmesy­uarat berskala besar dan berharap mencapai sasaran empat juta pelancong ke Sarawak.

“Jumlah ketibaan pelancong pada Januari 2024 boleh menjadi ‘Benchmark’ yang baik,” katanya sambil memberitah­u beliau akan mempromosi­kan Sarawak semasa merasmikan Sarawak Pavilion di Berlin, minggu akan datang.

 ?? ?? SASAR: Abdul Karim ketika ditanya pemberita mengenai perkembang­an ketibaan pelancong ke Sarawak dan berharap dapat mencapai sasaran empat juta pelancong tiba di Sarawak pada 2024.
SASAR: Abdul Karim ketika ditanya pemberita mengenai perkembang­an ketibaan pelancong ke Sarawak dan berharap dapat mencapai sasaran empat juta pelancong tiba di Sarawak pada 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia