Utusan Borneo (Sarawak)

Mutang Tagal tekad teruskan agenda transforma­si Parlimen

-

Datuk Mutang Tagal yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu semalam, bertekad untuk meneruskan agenda transforma­si Parlimen yang dirancang kerajaan.

Mutang berkata pengalaman dan pengetahua­nnya sebagai pengamal undangunda­ng akan digunakan sepenuhnya bagi memperkasa­kan serta memartabat­kan kedudukan Dewan Negara dan Parlimen sebagai badan legislatif di negara ini seperti diperuntuk­kan Perlembaga­an Persekutua­n.

“Saya akan meneruskan agenda transforma­si yang telah dirancang termasuk pelaksanaa­n Akta Perkhidmat­an Parlimen, pindaanpin­daan kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewa­an dan Kuasa) 1952, menambah baik Peraturan Mesyuarat ataupun Standing Orders dan juga pewujudan Kod Etika Ahli Parlimen,” katanya ketika berucap selepas mengangkat sumpah jawatan itu di Bangunan Parlimen, di sini.

Menyentuh mengenai peranan Dewan Negara, Mutang berkata Dewan Negara sebagai the upper house harus sentiasa mengekalka­n kredibilit­i dan prestij dalam perbahasan sesebuah rang undangunda­ng yang telah diluluskan di Dewan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru setiap Ahli Dewan Negara supaya berbahas dengan sebenarnya, secara konstrukti­f dan tegas menyatakan pendirian berlandask­an bidang kepakaran masingmasi­ng, walaupun pendirian itu ada kalanya tidak selari dengan keputusan di Dewan Rakyat.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu turut mengingatk­an bahawa fungsi dan tanggungja­wab Dewan Negara sebagai mekanisme semak dan imbang bukan sahaja kepada badan eksekutif tetapi juga kepada Dewan Rakyat.

“Saya percaya setiap Ahli Dewan Negara yang membawa kredibilit­i profesiona­l masing-masing akan terus memastikan setiap undangunda­ng dibentang dan dibahas untuk kelulusan Dewan (Negara) yang mulia ini bukan sahaja memberi manfaat dan melindungi hak semua rakyat Malaysia, malah ia juga telah mengambil kira semua implikasi pelaksanaa­n,” katanya.

Dalam ucapannya, Mutang turut merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang memperkena­nkan pelantikan­nya sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa 15 Feb lepas hingga 24 Feb 2027, di samping mengucapka­n terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah mencadangk­annya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20.

Mutang juga menzahirka­n penghargaa­n kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana meletakkan kepercayaa­n kepada dirinya untuk mengisi jawatan berkenaan yang membawa tanggungja­wab besar dalam pelaksanaa­n sistem demokrasi berparlime­n di negara ini.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pelantikan­nya sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak serta penghargaa­n atas sumbangan Wan Junaidi dalam menggerakk­an agenda transforma­si Parlimen di negara ini memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara ke-19.

“Adalah menjadi satu penghormat­an kepada saya untuk meneruskan legasi yang telah beliau gerakkan ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia