Utusan Borneo (Sarawak)

Latar belakang undang-undang jadikan Mutang sesuai dilantik Yang Dipertua Dewan Negara

-

Latar belakang undang-undang Datuk Mutang Tagal menjadikan­nya pilihan yang sesuai untuk menjadi Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun Mutang telah bersara daripada politik selama bertahun-tahun, latihannya sebagai seorang peguam akan membolehka­nnya memimpin Dewan Negara dengan baik.

“Meskipun beliau (Mutang) telah lama bersara daripada politik, beliau pernah menjadi Ahli Yang Berhormat dalam tahun 1980-an hingga 1990-an tetapi beliau mempunyai latar belakang yang sesuai untuk peranan baharunya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian selepas mengadakan sidang media memperkena­lkan ’Raya Emas: Salako Harta Suci’ di Muzium Budaya Borneo di sini, semalam.

Pelantikan Mutang yang berasal dari Lawas sebagai Yang Dipertua Dewan Negara

ke-20 menjadi sejarah kepada beliau, yang merupakan pemimpin dari etnik Lun Bawang pertama memegang jawatan itu.

Mutang, 69, mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 pada kelmarin (19 Februari), mengambil alih jawatan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kini Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Abdul Karim turut mengucapka­n tahniah kepada Mutang kerana menjadi orang Dayak pertama dilantik ke jawatan itu.

“Ia satu penghormat­an kepada masyarakat Dayak khususnya Lun Bawang dan Orang Ulu,” katanya.

Mutang, 69, yang pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990, memiliki Master of Business Administra­tion (MBA) daripada Curtin University dan kini menyandang beberapa jawatan termasuk antaranya Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Orang Ulu (OUCCI).

Beliau juga Penasihat Undang-Undang Persatuan Lun Bawang Sarawak dan Naib Presiden Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia