Utusan Borneo (Sarawak)

Kod Etika Wartawan Malaysia tegakkan hak masyarakat dapat maklumat sahih

-

Kod Etika Wartawan Malaysia tidak hanya memelihara kredibilit­i dan integriti media, malah menegakkan hak masyarakat mendapat maklumat yang dipercayai dan sahih, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) Datuk Mustapa Omar.

Beliau berkata Kod Etika Wartawan Malaysia menetapkan prinsip-prinsip asas yang seharusnya membimbing perlakuan semua pengamal media tanpa mengira platform selain memerihalk­an tanggungja­wab wartawan sebagai suara rakyat.

Selari dengan perkembang­an teknologi semasa, Kod Etika Wartawan Malaysia turut dilihat sebagai satu panduan kepada wartawan untuk mendepani cabaran teknologi dalam kerjaya mereka.

“Antara tanggungja­wab yang diutamakan oleh wartawan ialah laporan berita secara seimbang, adil, berkredibi­liti, jujur serta menghormat­i kerahsiaan sumber,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di sini semalam.

Kod etika berkenaan menggarap lapan etika utama iaitu wartawan bertanggun­gjawab menjadi suara masyarakat majmuk, wartawan hendaklah telus dan berintegri­ti, dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaik­an informasi.

Etika lain adalah pemberitaa­n tidak dipengaruh­i kepentinga­n peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormat­i privasi dan kerahsiaan sumber.

Selain itu, wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatk­an kemahiran kewartawan­an secara berterusan.

Sementara itu, Mustapa berkata wartawan juga hendaklah memegang nilainilai tinggi iaitu ketelusan, integriti dan keadilan dalam melaksanak­an tugas mereka.

“Kepentinga­n awam harus dikedepank­an dalam setiap pemberitaa­n, dan kepatuhan terhadap undang-undang harus diutamakan.

“Dengan memegang teguh nilai-nilai ini, wartawan dapat menjalanka­n tanggungja­wab mereka dengan telus dan seimbang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia