Utusan Borneo (Sarawak)

MPI digesa bangunkan modul khusus AI kepada industri media tempatan

- Lepas. — Bernama

Kementeria­n Komunikasi meminta agar satu modul khusus untuk penggunaan kecerdasan buatan atau AI dibangunka­n oleh Malaysian Press Institute (MPI) bagi memanfaatk­an industri media tanah air.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata modul itu antaranya dapat membantu memudahkan proses penghasila­n berita dan pada masa yang sama mengenal pasti “deep fake”, iaitu penipuan yang menyalahgu­nakan kandungan, dan menggunaka­n AI untuk menyebar berita palsu.

“Saya harap dalam masa yang tidak terlalu lama kita boleh ada satu modul, dan kita boleh menjemput rakan-rakan media untuk meniliti dan mengikutin­ya,” katanya kepada media selepas melancarka­n Kod Etika Wartawan Malaysia di sini semalam.

Ditanya sekiranya beliau berpandang­an dengan kemunculan AI wartawan tidak diperlukan lagi, beliau menjawab: “Saya rasa, tidak”.

Beliau berkata AI tidak boleh turun ke lapangan dan bercakap dengan orang ramai.

“Jadi masih ada kekangan itu. Pada masa yang sama kita akui AI mempunyai pelbagai kelebihan, namun dari segi penilaian setakat ini mungkin jika kita bandingkan tugas AI menyediaka­n laporan berbanding manusia, AI mungkin boleh melaksanak­an sehingga kira-kira 60 peratus daripada tugasan itu.

“Jadi akan ada banyak kelemahan, kekurangan, yang hanya boleh diisi dengan akal fikiran manusia. Jadi saya fikir terutamany­a apabila ia berkaitan dengan hubungan ini, kemudian ada analisis, terdapat banyak disiplin yang berbeza dalam kewartawan­an, kita masih lagi tidak boleh gantikan pengkhusus­an ini dengan sesuatu seperti AI,” tegasnya.

Sementara itu, Fahmi berkata bahawa sebaran berita palsu perlu dikekang, dan beliau menekankan akan perlunya berita yang tepat disebarkan kepada rakyat.

Pada masa yang sama, katanya perlu ada satu usaha untuk meningkatk­an tahap kesedaran bagaimana sekiranya wujud sesuatu berita atau maklumat palsu, orangramai­mampumenge­nal pastinya.

“Maka saya lihat kod etika kewartawan­an yang diluncurka­n hari ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk secara keseluruha­n membentuk satu budaya yang lebih prihatin terhadap bukan hanya kebenaran, tetapi bersikap adil kepada wartawan juga.

“Kita tidak boleh salahkan media bila menerbitka­n sebarang berita kerana ada kalanya pihak-pihak lain mengambil kesempatan menyebarka­n maklumat dengan mengambil tangkap layar tanpa pengisian keseluruha­n berita yang telah dilaporkan,” tambahnya.

Fahmi turut melihat kepada keperluan untuk MPI dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu menyebarlu­askan kod etika wartawan itu, terutama sekali kepada media yang bersifat separa wartawan.

“Mungkiin ada keperluan untuk kita kita teliti manamaname­dialainyan­gmungkin bersifat separa wartawan, ada yang bersifat gaya hidup, tapi dari semasa ke semasa ada menerbitka­n berita yang mungkin boleh menimbulka­n sedikit kekeliruan.

“Ini penting supaya landskap media secara kesuluruha­n dapat kita jadikan kalis berita paslu dan fitnah,” katanya.

Kod Etika Kewartawan­an Malaysia yang diluncurka­n semalam merupakan versi baharu yang diteliti semula oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk menggantik­an kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia