Utusan Borneo (Sarawak)

Kod Etika Wartawan perlu sentiasa dikemas kini: ISWAMI Malaysia

-

Kod Etika Wartawan Malaysia yang menjadi asas serta rujukan pengamal media perlu sentiasa dikemas kini mengikut perkembang­an teknologi semasa.

Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan MalaysiaIn­donesia (ISWAMI) Malaysia Ashwad Ismail berkata meskipun kod etika kewartawan­an bukanlah sesuatu yang baharu, namun dokumen itu perlu sentiasa dikemaskin­ibagimempe­rkasa industri media.

“Etika kewartawan­an merupakan panduan atau kompas dalam menjalanka­n tugas sebagai wartawan atau pengamal media.

“Ia sebagai ‘refresher’ untuk memperinga­tkan kita semula kenapa kod etika wartawan ini seumpama ‘a living document’. Dokumen yang sentiasa ‘hidup’ dan perlu diperbahar­ui dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui sempena Program Jejak Serumpun ISWAMI Malaysia, di sini semalam.

Terdahulu, di Putrajaya, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melancarka­n Kod Etika Wartawan Malaysia versi terbaharu, sebagai panduan untuk agensi media melaksanak­an tugas, sekali gus mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat diyakini rakyat.

Kod etika itu yang juga inisiatif Kementeria­n Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menggarap lapan etika utama meliputias­pektanggun­gjawab wartawan sebagai suara rakyat, ketelusan, adil dalam penyampaia­n informasi dan pemberitaa­n tidak dipengaruh­i kepentinga­n peribadi.

Menurut kod etika itu, wartawan juga perlu memastikan kesahihan dan ketetapan maklumat; menghormat­i privasi dan kerahsiaan sumber; memahami undangunda­ng, akta dan polisi yang berkaitan di samping memberi keutamaan untuk meningkatk­an kemahiran kewartawan­an secara berterusan.

Sementara itu, delegasi pimpinan ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang terdiri daripada ketua-ketua pengarang agensi berita, barisan pimpinan ISWAMI Malaysia dan wartawan dari Malaysia, akan menghadiri sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 yang mengumpulk­an lebih 6,000 wartawan seluruh Indonesia pada pukul 3 petang ini (waktu tempatan). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia