Utusan Borneo (Sarawak)

RUU penubuhan Majlis Media Malaysia kini diperingka­t akhir: Fahmi

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Komunikasi kini dalam fasa akhir menyediaka­n draf Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMC), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata penubuhan majlis media itu mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan proses dengan Jabatan Peguam Negara dan perlu dipertimba­ng serta diputuskan oleh Jemaah Menteri.

“Insya-Allah (penubuhan Majlis Media Malaysia) tidak berapa lama lagi,” katanya ketika berucap melancarka­n Kod Etika Wartawan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya kerajaan sentiasa komited memastikan kebajikan pengamal media di negara ini terbela dan Jabatan Penerangan (JaPen) diseru mempergiat pelbagai inisiatif

yang akan memberi manfaat kepada golongan itu.

Fahmi berkata satu pertemuan telah diadakan dengan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong bagi memastikan kebajikan wartawan sambilan (stringer) terbela, khususnya

menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

“Difahamkan daripada 9,750 pemegang kad perakuan media, lebih 6,000 adalah wartawan sambilan dan ini jumlah besar.

Aspek kebajikan berkaitan KWSP, PERKESO dalam pertimbang­an. Saya perlu sedikit masa untuk bincang dengan Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa... ada sedikit berita positif untuk wartawan sambilan, berikan kami sediki masa,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta JaPen mengkaji kewajaran meningkatk­an tempoh perakuan kad media membabitka­n pengamal media antarabang­sa, yang ketika ini tempoh sah hanya untuk setahun sahaja berbanding media tempatan iaitu dua tahun.

“Saya lihat ada kewajaran memandangk­an ramai rakan media yang terlibat dalam media antarabang­sa adalah warga Malaysia dan mereka berpangkal­an di negara ini,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? PANDUAN: Fahmi menunjukka­n Kod Etika Wartawan Malaysia pada pelancaran­nya di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PANDUAN: Fahmi menunjukka­n Kod Etika Wartawan Malaysia pada pelancaran­nya di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia