Utusan Borneo (Sarawak)

Kod Etika Wartawan Malaysia dilancarka­n

Pacu media sebagai sumber dipercayai rakyat beri maklumat tepat dan sahih: Fahmi

- Menteri Komunikasi — Bernama

PUTRAJAYA: Kod Etika Wartawan Malaysia akan terus memacu media di Malaysia sebagai sumber dipercayai rakyat dalam memberi maklumat tepat dan sahih tentang keadaan semasa negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kod etika berkenaan merupakan versi baharu yang diteliti semula oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk menggantik­an kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lepas.

“Pihak media berperanan penting sebagai mata dan telinga yang boleh dipercayai dalammembe­rikanmaklu­mat tepat dan sahih tentang keadaan semasa negara. Kod etika ini akan terus memacu media di Malaysia sebagai sumber yang dipercayai rakyat,” katanya ketika berucap melancarka­n Kod Etika Wartawan Malaysia di sini semalam.

JaPen dalam kenyataan sempena pelancaran semalam berkata kod etika berkenaan menggarap lapan etika utama iaitu wartawan bertanggun­gjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan

Pihak media berperanan penting sebagai mata dan telinga yang boleh dipercayai dalam memberikan maklumat tepat dan sahih tentang keadaan semasa negara. Kod etika ini akan terus memacu media di Malaysia sebagai sumber yang dipercayai rakyat.

Fahmi Fadzil

berintegri­ti; dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaik­an informasi.

Etika lain adalah pemberitaa­n tidak dipengaruh­i kepentinga­n peribadi; kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormat­i privasi dan kerahsiaan sumber.

Selain itu, wartawan perlu

memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatk­an kemahiran kewartawan­an secara berterusan.

Fahmi berkata Kod Etika Wartawan versi baharu itu telah dimurnikan dengan penglibata­n wakil

wartawan serta organisasi media, dan mengambil kira peranan pengamal media tanpa mengganggu gugat, mengongkon­g atau menyekat kebebasan bersuara wartawan dalam membuat pelaporan.

“Namun demikian, tidak ada kebebasan yang mutlak bagi mana-mana individu atau organisasi untuk membuat kenyataan yang tidak benar. Dalam konteks ini, undang-undang sedia ada memadai untuk memastikan ketenteram­an awam tidak terancam,” katanya.

Beliau mengingatk­an wartawanda­norganisas­imedia untuk bertanggun­gjawab dalam menyebarka­n maklumat yang sahih kerana mereka juga berperanan menyuburka­n kemakmuran serta keharmonia­n yang didukung melalui nilai Malaysia MADANI.

Sementara itu, Fahmi berkata Kod Etika Wartawan Malaysia juga adalah dokumen rasmi sebagai punca kuasa dan rujukan bagi tujuan pengeluara­n serta pembatalan kad perakuan media.

Kad perakuan media yang dikeluarka­n JaPen adalah dokumen pengenalan diri bagi pengamal media daripada agensi dan syarikat media berdaftar.

“Kad perakuan media digunakan oleh wartawan dan organisasi media untuk membuat pelaporan acara rasmi kerajaan,” katanya.

Fahmi berkata, setakat 16 Feb lepas 9,750 pengamal media berdaftar dengan kad perakuan media JaPen, melibatkan 152 agensi media.

Katanya empat daripada agensi media itu merupakan media rasmi kerajaan, 38 media tempatan, 60 media dalam talian dan 50 media antarabang­sa.

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Fahmi pada majlis Peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Putrajaya.
— Gambar Bernama LANCAR: Fahmi pada majlis Peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia