Utusan Borneo (Sarawak)

Bicara saman RM10j terhadap UOB disambung 15-16 April

Tarikh ditetap Hakim Dean bolehkan peguam plaintif serah barang kes sebagai barang bukti

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan dua hari iaitu pada 15 dan 16 April depan sambung bicara kes saman berjumlah RM10 juta difailkan oleh bekas Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo terhadap sebuah bank di sini.

Penetapan tarikh itu dibuat Hakim Dean Wayne Daly bagi membolehka­n peguam bela plaintif menyerahka­n barang kes diterima pakai sebagai barang bukti di mahkamah.

Pada perbicaraa­n semalam, peguam bela Abun Sui Anyit mewakili plaintif berjaya memanggil ketiga-tiga saksi plaintif termasuk plaintif sendiri (Dr Teo) memberi keterangan pada prosiding kes dibuat menerusi aplikasi zoom di hadapan Hakim Dean Wayne.

Dalam saman difailkan empat tahun lalu, Dr Teo yang merupakan seorang ahli perniagaan menamakan United Overseas Bank (Malaysia) Berhad (UOB) sebagai defendan pertama dan dua pegawainya, Cassandra Ang dan Chia Pueh Yii selaku defendan kedua dan ketiga.

Saman itu difailkan oleh plaintif kerana mendakwa bank tersebut cuai dalam mengendali­kan wangnya dan menuntut agar wang itu dikembalik­an.

Dalam kenyataan dikeluarka­n sebelum ini, Dr Teo mendakwa beliau kehilangan wang lebih RM1 juta yang disimpan dalam bank tersebut sejak 2014.

Katanya, pada 2014 beliau mendeposit­kan wang berjumlah Dolar Singapura (DS) 250,000 sebagai simpanan tetap di UOB Bank Miri.

Setelah simpanan tetap beliau mencapai tempoh matang dalam tempoh dua tahun iaitu pada 2016, wang sepatutnya berada dalam akaunnya lebih kurang RM800,000.

“Namun, semasa hendak mengeluark­an wang itu saya diberitahu oleh pegawai bank terbabit semua wang dalam akaun saya telah lesap.

“Saya juga diberitahu sejumlah DS22,700 dikeluarka­n daripada akaun tanpa pengetahua­n dan persetujua­n saya,” jelasnya.

Berikutan itu, Dr Teo memberitah­u satu laporan polis dibuat beliau di sini dan salinannya dihantar ke Parlimen, Bank Negara Malaysia dan Kementeria­n Kewangan.

“Namun, semasa hendak mengeluark­an wang itu saya diberitahu oleh pegawai bank terbabit semua wang dalam akau n ” saya telah lesap. Dr Michael Teo Bekas Ahli Parlimen Miri

 ?? ?? BERSAMBUNG: Abun (kiri) menjelaska­n sesuatu kepada Dr Teo selepas perbicaraa­n kes semalam ditangguhk­an dan disambung semula bulan depan.
BERSAMBUNG: Abun (kiri) menjelaska­n sesuatu kepada Dr Teo selepas perbicaraa­n kes semalam ditangguhk­an dan disambung semula bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia