Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan kerana disyaki miliki dadah

-

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ecstasy dengan anggaran berat 180.34 gram di lobi sebuah hotel, Jalan Long Bridge di sini petang kelmarin.

Suspek yang merupakan seorang penganggur berusia 34 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 4.15 petang oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata hasil pemeriksaa­n polis menjumpai dua paket plastik warna putih bertulis ‘juice master’ disyaki mengandung­i campuran dadah jenis ecstacy dengan anggaran berat kasar 74.22 gram.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas sebuah apartmen di Jalan Wong King Huo di sini, polis turut menjumpai tiga paket plastik warna putih mengandung­i dadah jenis sama dengan anggaran berat kasar 106.12 gram,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zulkipli berkata, nilai semasa rampasan dianggarka­n berjumlah RM2,131 dengan keseluruha­n dadah seberat 180.34 gram.

“Ujian saringan air kencing dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphet­amine dan suspek juga mempunyai tiga rekod kesalahan lam

pau berkaitan kes dadah,” jelasnya.

Katanya, polis turut menyita sebuah kereta dianggarka­n bernilai RM50,000.

Suspek kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Jika sabit kesalahan,

Seksyen 39B ADB 1952 memperuntu­kkan hukuman mandatori gantung sampai mati manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a)ADB 1952 denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan pengawasan dua tahun di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ?? ?? RAMPAS: Suspek bersama barang kes dirampas semasa serbuan di lobi sebuah hotel di Jalan Long Bridge, Sibu petang kelmarin.
RAMPAS: Suspek bersama barang kes dirampas semasa serbuan di lobi sebuah hotel di Jalan Long Bridge, Sibu petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia