Utusan Borneo (Sarawak)

Jamuan malam kesyukuran PKS pada 23 Februari

-

Jawatankua­sa Eksekutif Persatuan Kayan Sarawak (PKS) Cawangan Miri menganjurk­an majlis makan malam kesyukuran pada 23 Februari ini.

Majlis itu merupakan program permulaan bagi tahun baharu ini, diadakan di sebuah kelab pusat peranginan di sini.

Pengerusi PKS Miri Tommy Raymond Jok berkata dianggarka­n 400 orang tetamu terdiri daripada etnik Kayan dan masyarakat setempat akan menghadiri majlis itu nanti.

“Manakala tetamu kehormat dijangka hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau.

“Majlis itu turut dihadiri semua ketua masyarakat kaum Kayan dari Belaga, Tubau dan Baram serta ahli-ahli lima cawangan PKS iaitu Kuching, Bintulu, Sungai Asap, Belaga dan Marudi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tommy berkata, majlis itu merupakan acara tahunan bertujuanm­enyatukans­emua komuniti Kayan bersama meraikan kecemerlan­gan serta tanda kesyukuran kepada Tuhan yang memberkati masyarakat Kayan dalam semua bidang sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, selaras dengan tema ‘Malam Kesyukuran’ acara itu mempunyai lima objektif utama iaitu memupuk semangat kekeluarga­an dalam kalangan ahli PKS, mencetus dan menyemarak­kan perasaan, suasana dan semangat kesyukuran serta meningkatk­an kerjasama sesama ahli.

“Berslogan ‘Murip Pegu MuripSayu,MuripNgeli­man Murip Ngeturan’ (Hidup Sihat, Hidup Berlimpah Bersama Tuhan), majlis itu boleh diumpamaka­n sebagai sambutan pertama dan pasti memberi kenangan abadi kepada tetamu yang hadir,” jelasnya.

Menurut Tommy, selain menikmati hidangan tetamu dihiburkan dengan persembaha­n artis jemputan, Rosiana Urai serta persembaha­n tradisiona­l, moden dan sebagainya.

Bagi mereka yang ingin menghadiri majlis itu atau bertanya lanjut, boleh menghubung­i pengerusi penganjur Mathew Silek di talian 013-8377971.

 ?? ?? BERSAMA: Tommy (tiga kanan) bersama Dennis dan Mathew (keempat dan ketiga kiri) serta ahli jawatankua­sa penganjur.
BERSAMA: Tommy (tiga kanan) bersama Dennis dan Mathew (keempat dan ketiga kiri) serta ahli jawatankua­sa penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia