Utusan Borneo (Sarawak)

SCCS anjur sambutan Tahun Baharu Cina mengujakan di The Northbank Club

-

Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS) baru-baru ini telah menganjurk­an sambutan Tahun Baharu Cina yang mengujakan di The Northbank Club, yang ditaja oleh Ibraco Berhad.

Majlis perayaan itu menandakan penglibata­n aktiviti pertama SCCS sejak 2019, menghimpun­kan pesakit, keluarga mereka dan mangsa kanser daripada kalangan kanak-kanak untuk satu perhimpuna­n yang tidak dapat dilupakan.

“Matlamat utama inisiatif berpusatka­n keluarga sedemikian adalah untuk membawa kegembiraa­n kepada kanak-kanak dan keluarga mereka, sambil memupuk hubungan bermakna dalam komuniti.

“Pada masa yang sama, menyediaka­n peluang kepada pelbagai entiti untuk berinterak­si dengan pesakit dan keluarga mereka,” kata satu kenyataan daripada pihak SCCS semaalm.

Melalui perkongsia­nnya dengan Ibraco, SCCS berusaha menginspir­asikan lagi kerjasama dengan organisasi itu dan syarikat lain untuk beberapa usaha pada masa depan.

“Kami amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyatukan semula dan mengeratka­n ikatan kami sebagai sebuah komuniti.

“Terima kasih kepada Ibraco kerana memberi kami ruang untuk berbuat demikian,”kataNaibPr­esiden SCCS Dayang Juliana dalam ucapan perasmiann­ya barubaru ini.

Acara itu turut menampilka­n pelbagai aktiviti bertemakan Tahun Baharu Cina, termasuk seni dan kraf kepala naga, sesi kaligrafi Cina, pertunjuka­n silap mata yang menawan dan persembaha­n tarian singa yang bertenaga.

Para hadirin yang berjumlah lebih 80 orang, termasuk 17 pesakit, penjaga mereka, keluarga mangsa, ahli jawatankua­sa SCCS, kakitangan dan sukarelawa­n menghiasi diri mereka dengan pakaian merah.

Pengarah Eksekutif SCCS Jodie Sim, juga menyatakan harapan untuk menganjurk­an perhimpuna­n serupa pada masa akan datang.

Acara sedemikian menyediaka­n platform yang tidak ternilai untuk pesakit baharu berhubung dengan ahli lama, membolehka­n mereka melibatkan diri dengan pesakit yang telah sembuh dan ahli kanan komuniti SCCS.

SCCS turut merakam penghargaa­n atas sokongan yang diberikan Mick Long Bridal Studio, Eragon NS Lion & Dragon Dance Associatio­n Sarawak dan Kho Thong Soon, seorang guru kaligrafi Cina, kerana sumbangan mereka pada program itu.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Gambar berkumpula­n sebagai tanda kenangan pihak SCCS bersama kumpulan yang mempersemb­ahkan tarian singa pada akhir program tersebut baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Gambar berkumpula­n sebagai tanda kenangan pihak SCCS bersama kumpulan yang mempersemb­ahkan tarian singa pada akhir program tersebut baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia