Utusan Borneo (Sarawak)

Isytihar Kaamatan dan Gawai sebagai cuti umum

Kerajaan persekutua­n digesa isytihar dua perayaan di Sabah dan Sarawak itu sebagai cuti umum seluruh negara

- Gagasan NGO Sarawak

KUCHING:Kerajaanpe­rsekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengisytih­arkan perayaan Hari Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai Dayak di Sarawak sebagai cuti umum di seluruh negara.

Gesaan itu dinyatakan bersama Gagasan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Sarawak, yang terdiri daripada Persatuan Intelektua­l Pribumi Sarawak (PERANTIS), Persatuan Terabai Menua (TM) dan Persatuan Masyarakat Salako dan Rara Sarawak (PERASA).

Menurut Gagasan NGO berkenaan, seiring dengan konsep Malaysia Madani Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan Anwar, maka sudah tiba masanya bagi kerajaan persekutua­n mengiktira­f Hari Gawai Dayak yang disambut pada 1 Jun di Sarawak dan Pesta Kaamatan pada 31 Mei di Sabah, sebagai cuti umum.

“Sejak menyertai pembentuka­n Malaysia 1963 belum pernah ada pemimpin dari Sarawak dan Sabah membangkit­kan perihal cuti umum perayaan Hari Gawai dan Hari Keamatan di Dewan Rakyat.

“Kami bagi pihak pertubuhan bukan kerajaan Sarawak dan Sabah bersuara bagi pihak kaum Dayak dari Pulau Borneo yang masih belum diiktiraf kewujudan dalam kalendar kebangsaan walaupun nenek moyang kami telah bersetuju untuk menubuhkan Malaysia pada 1963.

“Oleh yang demikian, kita minta, atas dasar kesamarata­an, Hari Gawai dan Hari Keamatan bagi kaum Dayak Sarawak dan KDMR Sabah juga harus diisytihar­kan cuti umum di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Gagasan NGO itu berkata, Hari Kaamatan di Sabah diraikan pada 30 and 31 Mei dan Gawai Dayak di Sarawak diraikan pada 1 dan 2 Jun, dan mereka cadangkan cuti umum di seluruh negara bagi Hari Kaamatan dan Gawai Dayak ialah pada 31 Mei dan 1 Jun.

“Manakala hari cuti tambahan iaitu 30 Mei bagi Pesta Kaamatan dan 2 Jun bagi Hari Gawai Dayak tetap

diguna pakai oleh Sabah dan Sarawak. Jika dipersetuj­ui, ia harus diwartakan untuk cuti umum bagi seluruh negara mulai tahun ini,” tegasnya.

Gagasan berkata, pengisytih­aran cuti 31 Mei dan 1 Jun bagi seluruh Malaysia ini amat penting kerana ia dilihat memberi gambaran layanan yang lebih baik daripada kerajaan persekutua­n terhadap wilayah Sabah dan Sarawak.

“Dengan demikian sambutan di tempat kerja dan kediaman mereka yang meraikanny­a juga akan memberi pengetahua­n, pemahaman budaya dan tradisi kepada kepada rakan-taulan mereka tentang keunikan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Pada masa sama, ia juga akan memberi peluang kepada masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Dayak yang bekerja dan tinggal di merata tempat di seluruh Malaysia dapat meraikan perayaan Hari Kaamatan dan

Gawai Dayak di kediaman masing-masing terutama bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Menurut Gagasan, penyediaan kalendar kebangsaan, perancanga­n jabatan-jabatan kerajaan persekutua­n kerap tidak mengambil kira perayaan, kewujudan atau keperluan kakitangan kerajaan yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

“Sehubungan itu, cadangan mengisytih­arkan Hari Kaamatan dan Gawai Dayak sebagai cuti umum bagi seluruh Malaysia adalah agar kerajaan persekutua­n mengambil inisiatif untuk menangani kurang kesedaran mengenai perayaan suku kaum di Sarawak.

“Kami berharap tindakan ini jika diambil oleh kerajaan persekutua­n akan melindungi kepentinga­n adat, budaya dan perayaan orang asal Sabah dan Sarawak,” katanya.

“Sejak menyertai pembentuka­n Malaysia 1963 belum pernah ada pemimpin dari Sarawak dan Sabah membangkit­kan perihal cuti umum perayaan Hari Gawai dan Hari Keamatan ” di Dewan Rakyat.

 ?? ?? Pengasas atau Penasihat PERANTIS Wellie Henry Majang.
Pengasas atau Penasihat PERANTIS Wellie Henry Majang.
 ?? ?? Timbalan Presiden PERANTIS Ricky Sani.
Timbalan Presiden PERANTIS Ricky Sani.
 ?? ?? Penasihat Persatuan TM Wilfred Nissem.
Penasihat Persatuan TM Wilfred Nissem.
 ?? ?? Penasihat Undang-Undang PERANTIS Paul Raja.
Penasihat Undang-Undang PERANTIS Paul Raja.
 ?? ?? Presiden PERASA Robert Umping.
Presiden PERASA Robert Umping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia