Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor kerajaan, industri dibekal kelengkapa­n baik untuk pacu perjalanan digitalisa­si negara

-

Kementeria­n Digital akan terus memastikan bahawa sektor kerajaan dan industri dibekalkan dengan kelengkapa­n yang baik dalam memacu perjalanan digitalisa­si negara, dengan memberi keutamaan kepada daya saing yang mantap berbanding negara lain.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata kementeria­nnya sedang berusaha mengukuhka­n asas digitalisa­si negara, untuk menggerakk­an pertumbuha­n ekonomi, menarik pelaburan, dan meningkatk­an daya saing negara di peringkat global dan serantau.

Beliau berkata ini akan dilakukan dengan menekankan pendekatan progresif dan menyeluruh terhadap program-program digitalisa­si.

“Pertumbuha­n pesat dalam digitalisa­si memberikan peluang dan cabaran. Semasa teknologi kita terus berkembang, dasar-dasar dan inisiatif kita juga bergerak seiring bagi memaksimum­kan faedah ekonomi dan sosial untuk semua,” katanya semasa berucap ketika melancarka­n Telekom Malaysia Berhad

(TM) One Innovation Lab dan Majlis Pusat 5G Enterprise di Akademi Digital TM di Universiti Multimedia, di sini, semalam.

Menurutnya selain itu, pihak kementeria­n juga menyasarka­n untuk memupuk minda yang mengutamak­an

digital, di samping menggalakk­an penggunaan teknologi digital dalam sektor awam dan swasta.

Sementara itu Gobind berkata dua makmal yang ditubuhkan oleh TM hari ini akan menjadi pusat digital yang mempromosi­kan kerjasama

inovatif, penciptaan penyelesai­an digital yang dimajukan dengan Kecerdasan Buatan (AI), dan pembanguna­n aplikasi yang khusus kepada industri yang memanfaatk­an kelajuan tinggi 5G.

“Ia menyediaka­n ruang untuk kolaborasi dan penciptaan bersama, memudahkan perkongsia­n antara pihak berkepenti­ngan yang berbeza bagi menggerakk­an transforma­si digital. Ini adalah sesuatu yang pertama kali saya lihat di sini (di Malaysia) yang menonjolka­n penggunaan 5G.

“Ini adalah salah satu perkara yang kementeria­n saya sedang pertimbang­kan… bagaimana kita boleh melakukan itu (menubuhkan makmal sedemikian) di peringkat persekutua­n dan negeri serta kerajaan tempatan.. ada banyak perkara yang perlu kita bincangkan semasa kita melangkah maju bersama,” katanya.

“Namun untuk permulaan, kita boleh menjangka usahausaha kolaborasi di dalam makmal ini akan membuka peluang baru dan merangsang kemajuan dalam sektor-sektor penting seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, dan pertanian,” tambahnya.

Gobind berkata lebih banyak makmal seumpama itu akan ditubuhkan pada masa depan untuk memacu fasa seterusnya perjalanan digitalisa­si Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Gobind melawat Enterprise 5G Lab selepas melancarka­n Innovation Lab dan Enterprise 5G Lab di Akademi Digital TM, Universiti Multimedia di Cyberjaya, semalam. Turut hadir Naib Presiden Eksekutif TM One, Shazurawat­i Abdul Karim dan Pengerusi TM Datuk Zainal Abidin Putih (dua kanan).
— Gambar Bernama FOKUS: Gobind melawat Enterprise 5G Lab selepas melancarka­n Innovation Lab dan Enterprise 5G Lab di Akademi Digital TM, Universiti Multimedia di Cyberjaya, semalam. Turut hadir Naib Presiden Eksekutif TM One, Shazurawat­i Abdul Karim dan Pengerusi TM Datuk Zainal Abidin Putih (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia