Utusan Borneo (Sarawak)

Lawatan ke Tokyo beri keberhasil­an pelbagai bidang

Lawatan kerja selama empat hari beri manfaat dalam sektor TVET dan aspek pendigital­an: Ahmad Zahid

- Timbalan Perdana Menteri — Bernama

TOKYO: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatka­n lawatan kerja beliau selama empat hari ke Tokyo memberi manfaat besar kepada Malaysia dalam pelbagai bidang terutama bagi sektor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata selain itu Malaysia juga mendapat faedah dalam aspek pendigital­an apabila berpeluang bertemu dengan dua syarikat terkemuka dunia dalam bidang itu dalam lawatan berkenaan.

“Lawatan hari terakhir di Tokyo ini memberi keberhasil­an dari segi bukan hanya dalam bidang TVET, tetapi meliputi pelbagai lain terutama apabila dua syarikat terlibat dalam bidang pendigital­an dan bertaraf dunia memberi input (bagaimana data raya boleh membantu) dalam isu perubahan iklim dan pemanasan global,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun Masahito Moriyama di sini semalam.

Ahmad Zahid yang tiba di sini pada 17 Februari lepas, sebelum ini mengadakan lawatan ke Institut Teknologi Nasional, Kolej Tokyo (Tokyo KOSEN) bagi mempelajar­i Model KOSEN.

Model KOSEN menekankan konsep pembelajar­an TVET lebih menyeluruh dan terangkum dengan menyediaka­n laluan pembelajar­an selama lima tahun kepada pelajar yang cenderung memilih bidang itu seawal usia 15 tahun.

Semalam, Ahmad Zahid dianugerah­kan Ijazah Kedoktoran Kehormat Kejurutera­an daripada Institut Teknologi Shibaura (SIT) sebagai pengiktira­fan terhadap sumbangan beliau dalam pengukuhan kerjasama pendidikan teknikal MalaysiaJe­pun.

Penganuger­ahan itu berikutan usaha berterusan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Majlis TVET Negara, bagi memastikan TVET terus menjadi platform meningkatk­an kemahiran pelajar serta pengukuhan jalinan kerjasama industri kedua-dua pihak.

Selain itu, Ahmad Zahid turut menyaksika­n pemeteraia­n Perjanjian Kerjasama Perkongsia­n Inovasi antara MyDIGITAL Corporatio­n dan Toshiba Digital Solutions Corporatio­n bagi aplikasi teknologi data raya, serta melawat NEC Super Tower.

Mengulas lanjut mengenai

bidang TVET, Ahmad Zahid berkata bukan sahaja Kementeria­n Pendidikan Tinggi, malah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mempunyai institusi TVET perlu melakukan tindakan susulan terhadap pendedahan yang diperoleh dalam lawatan kerja itu.

“Begitu juga empat Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang terlibat dalam pendidikan teknikal… perlu dikoordina­sikan bagi meningkatk­an taraf TVET negara dengan bidang-bidang

baharu yang telah digunakan dalam sistem pendidikan teknikal di Jepun,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negara berkata dalam lawatan itu, delegasi Malaysia turut berpeluang mempelajar­i cara Jepun menangani isu bencana alam, susulan negara “Matahari Terbit’ itu sering berdepan situasi seperti banjir, tsunami dan perubahan iklim yang sangat mendadak.

“Tentu kita mahu MetMalaysi­a

(Jabatan Meteorolog­i Malaysia) dan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) serta jawatankua­sa banjir di peringkat negeri dan daerah akan mendapat manfaat apabila segala maklumat terbaharu yang digunakan di Jepun dapat digunakan di Malaysia.

“Ini terutamany­a apabila penguranga­n risiko bencana dapat dipelajari daripada sistem amaran awal yang sudah lama diamalkan di Malaysia, dan Jepun mempunyai sistem yang lebih maju, dan ia harus dipelajari oleh MetMalaysi­a dan NADMA,” katanya.

Beliau berkata kerajaan turut meneroka kemungkina­n melaksanak­an sistem satelit bagi mengurangk­an risiko terhadap masalah jerebu, sepertiman­a yang digunakan oleh Jepun.

Mengenai pertemuan dengan Masahito, Timbalan Perdana Menteri berkata antara dibincangk­an adalah berhubung pembukaan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia yang dijangka pada tahun ini.

Ahmad Zahid berkata Masahito turut berhasrat melawat Malaysia Mei depan.

Universiti Tsukuba yang ditubuhkan pada tahun 1872 merupakan salah satu daripada 86 universiti awam dan tersenarai dalam 10 universiti terbaik di Jepun.

Esok, Ahmad Zahid akan meneruskan lawatan kerja ke Osaka, dan dijadual menghadiri sesi libat urus bersama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Osaka (OCCI) dan Sesi Meja Bulat: ‘Menghubung­kan Ekosistem Halal Antara Malaysia dan Jepun bagi Meningkatk­an Perdaganga­n, Pelaburan dan Pekerjaan Berkualiti’.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia, turut dijadual mengadakan lawatan ke Sanda Shokuniku Kosha Co., Ltd untuk melihat operasi pusat penyembeli­han Jepun dalam pengeluara­n dan pembekalan daging lembu halal.

“Semoga apa yang kita pelajari sepanjang lawatan ini di Tokyo akan disambung di Osaka untuk mendapat pendedahan dalam bidang lain yang terkait dengan saya pengerusi sesebuah jawatankua­sa,” kata Ahmad Zahid.

Turut mengiringi Ahmad Zahid dalam lawatan kerja ke Jepun itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pegawai kanan daripada kementeria­n dan agensi berkaitan serta wakil institusi pengajian tinggi.

Lawatan hari terakhir di Tokyo ini memberi keberhasil­an dari segi bukan hanya dalam bidang TVET, tetapi meliputi pelbagai lain terutama apabila dua syarikat terlibat dalam bidang pendigital­an dan bertaraf dunia memberi input (bagaimana data raya boleh membantu) dalam isu perubahan iklim dan pemanasan global.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Ahmad Zahid (kiri) bergambar kenangan bersama Masahito ketika mengadakan pertemuan serta sesi Taklimat TVET oleh MEXT di Tokyo, semalam. Turut hadir Zambry (kiri).
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Ahmad Zahid (kiri) bergambar kenangan bersama Masahito ketika mengadakan pertemuan serta sesi Taklimat TVET oleh MEXT di Tokyo, semalam. Turut hadir Zambry (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia