Utusan Borneo (Sarawak)

‘Kampungku’ untuk kesejahter­aan warga tua dan pesara

- Oleh Muhammad Basir Roslan

MAHU melihat warga tua termasuk pesara menjalani rutin hidup lebih sihat menjadi inspirasi untuk Gan Pooi Chan menubuhkan ‘Kampungku’ iaitu pusat aktiviti khas bagi golongan itu.

Anak kelahiran Petaling Jaya yang mesra dipanggil PC Gan ini berpengala­man luas dalam bidang penjagaan kesihatan dan mudah berinterak­si dengan golongan berusia senja pelbagai kaum dan latar belakang.

“Sebelum membuka Kampungku pada Ogos 2023, saya pernah bekerja dengan Homage Home Care yang menyediaka­npenjagaan­warga tua selama lebih lima tahun. Jadi, saya memang sudah terbiasa berinterak­si dengan golongan ini, ” katanya.

Berkonsepk­an rumah kelab dan pusat penjagaan harian, Kampungku yang menyediaka­n pelbagai aktiviti sosial yang menyihatka­n minda, fizikal dan emosi warga emas, pada masa ini beroperasi di tiga lokasi, iaitu di Bangsar (Kuala Lumpur) dan dua di Selangor (Bandar Pinggiran Subang dan Klang).

Menurut Gan, Kampungku bermatlama­t merangsang kehidupan warga emas agar lebih aktif menerusi aktiviti dan juga interaksi sesama mereka, seperti kelaziman warga tua di kampung.

“Jika di kampung, kita tahu ahli masyarakat amat rapat dan mesra serta sama-sama melakukan pelbagai aktiviti sosial, tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun agama. Namun hidup di tengah bandar kita lihat amatlah jarang perkara sebegini berlaku, menjadikan pergaulan dan interaksin­ya terhad.

“Apabila jadi begini, ramai warga tua kita mudah terlantar sakit, menjadi kurang aktif dan akhirnya hidup sunyi bersendiri­an di rumah disebabkan anak-anak mereka sibuk bekerja di luar,” jelasnya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

PELBAGAI AKTIVITI

Bercerita lebih lanjut kisah di sebalik penubuhan Kampungku, Gan berkata, dia amat prihatin dengan hal ehwal serta kebajikan warga tua di Malaysia memandangk­an unjuran bahawa masyarakat di negara ini semakin menua dan menjelang tahun 2030, lebih daripada 15 peratus penduduk mencapai umur 65 tahun ke atas.

Apabila keadaan itu berlaku, katanya, institusi perubatan termasuk hospital mungkin akan menjadi lebih sesak dan ia boleh membebanka­n kerajaan.

“Semakin kita meningkat usia tua, lingkungan sosial kita semakin mengecil. Ini bermakna ramai warga emas kita bertarung dengan kesunyian dalam kehidupan seharian mereka dan menjadi terpinggir daripada masyarakat.

“Oleh itu, banyak program yang kita sediakan adalah aktiviti berbentuk senaman senior yang lebih mesra umur tua. Ini bagi membolehka­n mereka tidak berasa ketinggala­n dan dipinggirk­an apabila sama-sama melakukan sesuatu aktiviti,” jelasnya.

Antara aktiviti yang cukup popular dalam kalangan warga tua ialah Aqua Zumba, iaitu sejenis senaman dan tarian di dalam kolam renang yang dikendalik­an oleh pengajar berpengala­man.

Aktiviti berkenaan ternyata dapat membantu kerana ada peserta yang sebelum ini tidak mampu melakukan aktiviti seperti berjalan untuk tempoh lima ke 10 minit ketika di rumah, kini berupaya menarikan Aqua Zumba selama sejam.

Aktiviti lain termasuk program melukis di atas kanvas dan menggubah bunga yang bertujuan meningkatk­an daya fokus serta kreativiti peserta.

“Ketika aktiviti sebegini dijalankan, kita lihat ramai peserta kita cukup seronok dan mereka akan menjadi lebih bersosial dengan rakan-rakan. Mereka turut berkongsi pelbagai kisah dan pengalaman hidup, yang akhirnya akan menguatkan hubungan dan semangat kekitaan antara mereka,” katanya lagi, menambah, pihaknya turut menyediaka­n program rehabilita­si dan penyembuha­n selepas operasi pembedahan, bagi yang memerlukan.

TIDAK RASA KEKOK

Pada masa ini terdapat kirakira 50 pengajar bertauliah dan berpengala­man luas bagi mengendali­kan aktiviti dan penjagaan peserta di Kampungku.

“Kesemua pengajar ini juga bukanlah orang muda sebaliknya golongan pertengaha­n umur,” kata Gan, menambah, jika berkesempa­tan, beliau juga turut bersama peserta dalam aktiviti yang dijalankan dan setiap aktiviti disertai lebih enam orang.

Menurut Gan, faktor perbezaan bangsa dan agama bukan menjadi batu penghalang untuk memberikan perkhidmat­an terbaik kepada mereka yang datang mendapatka­n khidmat di Kampungku.

Kebanyakan individu tua yang memerlukan khidmat penjagaan menghidapi penyakit kronik seperti kanser, angin ahmar dan Parkinson.

“Saya fikir kita boleh mencegah penyakit ini daripada berlaku jika kita berdisplin dengan senaman secara berkala, menjaga pemakanan serta pergaulan antara satu sama lain.

“Adaantaram­erekadihan­tar oleh anak sebelum pergi bekerja dan diambil selepas anak habis bekerja. Ada juga yang kami ambil dari rumah,” kata Gan, menambah ada yang memilih tinggal di asrama yang disediakan,” kongsinya, menambah,Kampungkuy­ang diasaskann­ya kini diusahakan dengan beberapa orang rakan kongsi.

Dibuka setiap hari bermula pukul 8:30 pagi, Kampungku menyediaka­n pelbagai aktiviti dengan kadar bayaran serendah RM50 sebulan dan terbuka kepada semua warga emas.

Gan memberitah­u Bernama, Kampungku bakal mempunyai kompleks sendiri yang terletak di Seksyen 12, Petaling Jaya dan dijangka siap pada tahun ini (2024).

GAMIT NOSTALGIA

Gan berkongsi lagi, pihaknya sentiasa merancang pelbagai aktiviti bagi merapatkan hubungan silaturrah­im antara kaum termasuk berkaitan perayaan setiap komuniti.

“Contohnya, tidak lama lagi orang Islam bakal menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, maka kami merancang aktiviti yang lazimnya dilakukan seperti berbuka puasa secara beramairam­ai serta menganyam ketupat.

“Kita memang mahukan peserta menggamit nostalgia suasana kampung kerana sudah pasti mereka amat merindukan­nya. Biarpun berbeza bangsa dan agama, kita semua sebenarnya adalah satu jiwa Malaysia.

“Sama juga dengan perayaan Thaipusam tidak lama lagi, pastinya kita akan susun beberapa program yang sesuai untuk dijalankan. Manakala bagi perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, kita rancang untuk buat program makan besar dan acara Jamuan Yee Sang, yang boleh disertai semua peserta kita, ” tambahnya.

Yee Sang adalah menu direka khas dengan pelbagai ramuan seperti ikan salmon segar, lobak putih, lobak merah, cili, halia, parsli cina, kacang tanah, keropok udang berserta sos plum masam dan manis.

Sementara itu, seorang peserta Puan Amira (bukan nama sebenar) berkata, dia amat gembira berada di Kampungku, kerana sentiasa berpeluang untuk bersendalo­ka dengan rakan sebaya yang lain di samping meningkatk­an tahap kesihatann­ya dengan pelbagai aktiviti menyeronok­kan.

“Antara aktiviti paling saya minat ialah Aqua Zumba, ianya sangat menarik dan lain daripada yang lain. Bukan sahaja bagus untuk senaman badan, namun juga minda.

Walaupun tidak mudah, namun saya gembira sebab dapat lakukan senaman bersama semua rakan di sini,” kongsi wanita berusia 60-an itu yang pernah bekerja sebagai sebagai kerani pejabat.

Walaupun dirinya mengalami sakit sendi dan badan, namun semuanya ‘hilang’ apabila melakukan pelbagai senaman fizikal yang turut dibantu pelatih Kampungku.

“Saya lihat ada juga rakan lain sakit seperti strok dan ada yang terlantar atas kerusi roda, namun itu tidak menjadi halangan bagi mereka untuk turut serta melakukan senaman. Merekalah pendorong kuat saya untuk terus kekal aktif di usia tua ini, sehinggaka­n anak saya pelik saya bagaikan tidak mahu pulang ke rumah,” canda wanita yang berasal dari Kuala Lumpur itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia