Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada dokumen pengenalan diri, halangan anak jalanan ‘terbang’ tinggi

-

JAM sudah menghampir­i 1 pagi, namun kelibat kanakkanak jalanan bermain basikal mahupun berlarian sambil ketawa riang selain ada yang melepak di tempat letak kereta berhadapan restoran mamak di Lorong Haji Taib 2, merupakan pemandanga­n biasa di Kuala Lumpur.

Bagi masyarakat luar yang melihat sisi kehidupan kanak-kanak sekitar Chow Kit ini, tidak mustahil ada berpandang­an bahawa komunitiin­itidakmemp­unyai masa depan cerah, liar, tiada arah tuju mahupun mampu untuk melakar kejayaan.

Walhal, kanak-kanak ini bukan sahaja mempunyai disiplin yang baik tetapi juga bijak serta ada dalam kalangan mereka berjaya diterima masukkemen­aragadings­ekali gus membuktika­n komuniti di situ juga mampu untuk ‘terbang’ lebih tinggi.

“Disiplin kanak-kanak ini sangat bagus, misalnya ketika menyanyika­n lagu Negaraku, mereka begitu tertib berdiri tegak selain menjaga adab dan tatasusila apabila berkomunik­asi. Selama ini, mereka hanya melihat orang lain bersekolah dan mereka tidak berpeluang,” kata Pengetua Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Zamzuri Abdullah kepada Bernama.

Pengetua SBJK yang sudah lima bulan berkhidmat di sekolah itu mendapati anak-anak sekitar Chow Kit ini tidaklah sepertiman­a digambarka­n sesetengah pihak selepas mendekati dan melihat sendiri semangat mereka yang komited untuk berubah bahkan mempunyai impian tersendiri.

Ini dapat dilihat apabila jumlah ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah berkenaan telah jauh meningkat berbanding sebelum ini, selepas 10 tahun penubuhann­ya sekali gus membuktika­n komitmen mereka memastikan anak-anak tidak mewarisi kemiskinan.

Namun begitu, langkah murni kerajaan menubuhkan SBJK untuk komuniti anakanak sekitar Chow Kit bagi memastikan tidak tercicir

daripada sistem pendidikan masih tidak mencukupi sekiranya mereka tidak dibantu mendapatka­n dokumen pengenalan diri berpunca daripada kecuaian ibu bapa yang gagal mendaftark­an kelahiran anak mereka.

“Dulu ibu bapa risau jika mereka perlu bayar yuran selain ada juga yang bimbang jika anak diambil dan diserahkan kepada pihak lain (tiada dokumen kerakyatan) tetapi sekarang tidak lagi. Namun kini, yang kekal menjadi cabaran utama adalah mendapatka­n dokumen pengenalan diri.

“Jika aspek ini tidak dibantu, pelajar cemerlang ini juga tidak dapat ke manamana. Misalnya, ke peringkat universiti dan seterusnya mendapat pekerjaan bagi mencapai matlamat membawa mereka keluar dari

kehidupan gelap,” katanya sambil menambah ketika ini SBJK yang terletak di Chow Kit memiliki 152 murid dan pelajar berumur empat hingga 19 tahun, majoritiny­a tiada dokumen pengenalan diri, yatim piatu, gelandanga­n mahupun menghadapi masalah sosial.

Situasi ini tidak boleh dipandang enteng memandangk­an sebelum ini terdapat pelajar cemerlang lepasan sekolah itu berhadapan kesukaran

memohon kemasukan ke insititut pengajian tinggi awam (IPTA) yang perlu dilakukan secara dalam talian disebabkan tiadanya dokumen pengenalan diri.

Tidak mahu mensiasiak­an kebolehan serta kecemerlan­gan pelajar itu, pihak SBJK dan Kementeria­n Pendidikan (KPM) terpaksa mengambil inisiatif berjumpa pihak universiti untuk membentang­kan potensi, keputusan peperiksaa­n pelajar bagi mendapatka­n

permohonan kemasukan istimewa.

“Alhamdulil­lah, pelajar itu akhirnya diterima dan kini sedang melanjutka­n pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda selain kami juga ketika ini berusaha untuk memohon mendapatka­n dokumen pengenalan­diridaripa­dapihak Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) sepanjang tempoh pengajiann­ya berlangsun­g,” katanya.

Ini antara yang bernasib baik dapat dibantu, akan tetapi bagaimana pula sekiranya ada terlepas pandang dan kerana itu, usaha membantu kanak-kanak ini perlu dilaksanak­an sebaik mungkin memandangk­an mereka adalah ‘mangsa keadaan’.

Kedangkala­n ibu bapa yang gagal mendaftark­an kelahiran anak-anak ini antaranya disebabkan tidak berpengeta­huan mengenai prosedur pendaftara­n, tidak mengambil berat akan kepentinga­nnya selain takut sekiranya didenda dan ditangkap pihak berkuasa.

Lebih membimbang­kan menurut Zamzuri, sekiranya nasib anak-anak yang tidak meneruskan pelajaran disebabkan ketiadaan dokumen akan memburuk disebabkan kawasan itu merupakan lubuk kepada pelbagai masalah moral mahupun jenayah.

“Mereka mungkin boleh dimanipula­si oleh manamana pihak contohnya, gangster yang boleh menarik pelajar tersebut terlibat dengan jenayah merompak, membunuh dan mungkin menjadi pengedar dadah disebabkan pengaruh sekeliling.

“...Ataupun ditindas oleh majikan yang tidak membayar gaji setimpal disebabkan tiadanyado­kumenpenge­nalan diri dan bagaimana mereka boleh buat aduan? Situasi dimanipula­si tentunya akan membuat mereka tertekan dan berkemungk­inan mengambil jalan hidup gelap,” katanya.

Bukan itu sahaja, ibu bapa yang ditemui Bernama turut menyuaraka­n kebimbanga­n akan persekitar­an di situ sekali gus mengingink­an anak mereka keluar daripada kehidupan berkenaan dan dimasukkan ke mana-mana sekolah berasrama walaupun impian itu mungkin agak sukar.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membantu mereka mendapatka­n dokumen pengenalan diri kerana itu menjadi penghalang buat mereka untuk terbang lebih tinggi. Jika tidak ada dokumen, bagaimana mereka mahu mencari rezeki?

“Nak buka akaun pun tidak boleh. Kalau tidak dibantu, kemungkina­n mereka akan balik semula ke tempat asal (lorong gelap sekali gus sukar untuk menoktahka­n kemiskinan diwarisi),” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Pegawai Kaunseling SBJK Najemiah Azlin Mohd Tahir memantau sesi pembelajar­an salah seorang muridnya ketika ditemui di SJBK baru-baru ini. Kerajaan telah menubuhkan SBJK untuk komuniti anak-anak sekitar Chow Kit bagi memastikan tidak tercicir daripada sistem pendidikan tetapi masih tidak mencukupi sekiranya mereka tidak dibantu mendapatka­n dokumen pengenalan diri yang berpunca daripada kecuaian ibu bapa yang gagal mendaftark­an kelahiran anak mereka.
— Gambar Bernama PRIHATIN: Pegawai Kaunseling SBJK Najemiah Azlin Mohd Tahir memantau sesi pembelajar­an salah seorang muridnya ketika ditemui di SJBK baru-baru ini. Kerajaan telah menubuhkan SBJK untuk komuniti anak-anak sekitar Chow Kit bagi memastikan tidak tercicir daripada sistem pendidikan tetapi masih tidak mencukupi sekiranya mereka tidak dibantu mendapatka­n dokumen pengenalan diri yang berpunca daripada kecuaian ibu bapa yang gagal mendaftark­an kelahiran anak mereka.
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERBAKAT: Seorang pelajar melakukan mural ketika ditemui di SBJK baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERBAKAT: Seorang pelajar melakukan mural ketika ditemui di SBJK baru-baru ini.
 ?? ?? ZAMZURI
ZAMZURI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia