Utusan Borneo (Sarawak)

PERNAS sasar lahirkan 5,000 usahawan francais menjelang 2025

-

Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) menyasarka­n untuk melahirkan 5,000 usahawan francais menjelang 2025 membabitka­n lebih 90 peratus dalam kalangan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan berkata sasaran itu juga membabitka­n sejumlah RM1.47 bilion dana pemegang saham.

“Pernas telah diwujudkan sejak 1969 dan menjadi agensi yang sangat penting bagi industri francais sejak tahun 2000… sejak itu ( tahun 2000) pembiayaan francais yang telah ditawarkan PERNAS adalah sebanyak RM441 juta dengan jumlah pelaburan RM709 juta.

“Daripada jumlah itu juga, lebih 5,000 usahawan telah dilahirkan dan mewujudkan 35,000 peluang pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas program lawatan ke Pernas semalam.

Beliau berkata Pernas merupakan satu agensi yang sangat penting untuk membangunk­an dan mengembang­kan industri francais serta usahawanny­a sekali gus membantu meningkatk­an ekonomi negara.

“Misi kita adalah untuk pastikan usahawan francais khususnya PMKS dibangunka­n ke tahap yang lebih tinggi, peluang diberi kepada semua, anda perlu merebut peluang itu dan kerja kuat... kita mahu mereka bukan sekadar berada di gerai tetapi dapat tembusi pasar raya dan pasar raya besar termasuk di lapangan terbang.

“Pernas juga telah mengadakan pelbagai program sokongan seperti program memperkasa­kan B40 yang bukan sahaja diadakan di Kuala Lumpur tetapi juga di negeri lain… saya juga berharap agar lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan di masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ramanan berkata Akta Francais 1998 kini diletakkan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (Kuskop) seperti diputuskan Kabinet.

Sebelum ini, Akta Francais adalah di bawah bidang kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia