Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan hampir RM29 juta naik taraf Tabika daif

-

Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntu­kkan hampir RM29 juta bagi kerja-kerja menaik taraf premis Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) daif tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata jumlah itu merupakan peningkata­n tiga kali ganda berbanding RM9.5 juta pada 2023.

“Peruntukan tersebut merupakan usaha KKDW dan Kementeria­n Kewangan dalam menyediaka­n prasarana pendidikan awal yang selesa dan kondusif di seluruh negara.

“Kerja-kerja naik taraf akan dibuat secara berperingk­at,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Apresiasi Kakitangan KEMAS Gua Musang di Dewan Datuk Ariffin Said di Ibu Pejabat Kesedar, di sini malam kelmarin.

Mengulas lanjut Ahmad Kamal Idris berkata peruntukan itu telah diserahkan kepada pejabat KEMAS negeri masing-masing.

“Dari segi perancanga­nnya mereka telah membuat senarai untuk kerja-kerja naik taraf dalam masa terdekat,” katanya.

Selain itu beliau berkata sebanyak 4,147 tabika di seluruh negara akan melaksanak­an program Pra Tahfiz tahun ini.

Program terbabit katanya merupakan kerjasama KEMAS dengan Yayasan Pahang yang bertindak menyediaka­n latihan mengajar serta kaedah dan teknik hafazan kepada jurulatih utama tabika.

“Sebanyak 42 siri kursus akan diadakan secara berperingk­at malah pada dua minggu lepas sesi libat urus dan latihan kepada jurulatih utama telah dijalankan.

“Untuk peringkat awal ini kita memfokuska­n tabika yang mempunyai guru dan murid yang majoritiny­a beragama Islam. Menjelang April nanti kita akan melaksanak­an program Pra Tahfiz di tabika-tabika ini,” katanya.

Ahmad Kamal Idris berkata KEMAS juga tidak meminggirk­an 287 tabika anak-anak masyarakat Orang Asli, justeru pendekatan yang sama akan dilaksanak­an dan akan turut melibatkan tabika di seluruh negara pada tahun hadapan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Anwar (kiri) melawat reruai Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia sempena perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Ekonomi dan Kewangan Islam ke-15 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Anwar (kiri) melawat reruai Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia sempena perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Ekonomi dan Kewangan Islam ke-15 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia