Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sedia kongsi pengetahua­n, teknologi akuakultur dengan negara luar

-

KUALA LUMPUR: Malaysia memberi komitmen dan sedia berkongsi pengetahua­n serta teknologi berkaitan bidang akuakultur dengan negara luar untuk kepentinga­n bersama, kata Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Dalam hantaran menerusi Facebook beliau semalam, Mohamad berkata kesediaan dan komitmen Malaysia itu dimaklumka­nnya kepada Ketua Pengarah Pertubuhan

Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) Qu Dongyu, ketika sesi perbincang­an dua hala mereka pada Mesyuarat Regional Conference for Asia and the Pacific (APRC) FAO di Sri Lanka.

“Industri akuakultur di Malaysia merupakan industri yang berkembang pesat dengan prestasi pengeluara­n yang amat baik,” katanya.

Menurut Mohamad kolaborasi antarabang­sa penting bagi memastikan pertanian negara tidak ketinggala­n dalam arus perkembang­an teknologi serta untuk mendepani cabaran perubahan cuaca ketika ini.

Mohamad berkata beliau turut berkongsi dengan Qu berkenaan inisiatif pertanian PINTAR Malaysia.

Mengenai mesyuarat FAO yang sedang berlangsun­g di Colombo itu Mohamad berkata beliau akan memberi fokus kepada perkara-perkara yang akan diutamakan dalam sektor pertanian di

Malaysia. Sementara itu, Institut Keusahawan­an Negara Bhd (INSKEN) menyasarka­n untuk melatih lebih 7,900 usahawan menerusi 233 program bimbingan serta meningkatk­an 25 peratus hasil jualan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN Firdaus Azharuddin berkata pihaknya komited dan proaktif dalam membantu usahawan mikro dan informal memajukan serta memperkasa perniagaan mereka.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia