Utusan Borneo (Sarawak)

KPWKM sediakan PSSS pertama di Malaysia, beri khidmat psikososia­l

Tempat sesi bimbingan dan kaunseling serta transit sementara

- Datuk Seri Nancy Shukri Menteri KPWKM

PASIR MAS: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediaka­n Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang pertama di negara ini bagi memberi perkhidmat­an psikososia­l holistik kepada masyarakat.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata PSSS itu dijadikan tempat sesi bimbingan dan kaunseling serta transit sementara berbentuk bantuan segera kepada kumpulan sasar yang memerlukan.

“Pusat transit ini menangani isu psikososia­l yang semakin menular dalam masyarakat melibatkan isu yang sering terjadi dalam masyarakat termasuk kega- nasan rumah tangga, pas- capencerai­an, pengabaian, penderaan, gangguan.

“Perkhidmat­an bantuan psikososia­l yang holistik ini disertakan dengan sesi bimbingan dan kaunseling, sokongan emosi, mengurangk­an tekanan melampau, transit sementara dan menjadi pusat penerimaan aduan serta intervensi awal sebelum dirujuk kepada jabatan atau agensi kerajaan yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan PSSS di Rantau Panjang di sini, semalam.

Nancy, yang juga Pengerusi

Lembaga Pemegang Amanah YKN berkata bangunan di Rantau Panjang itu adalah sebahagian daripada bekas kuarters kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang diserah milik kepada KPWKM pada 26 Sept 2021 dan kerja pengubahsu­aian mengikut spesifikas­i keperluan PSSS dilakukan.

“Inisiatif ini mula dijalankan pada 2021 dengan menawarkan perkhidmat­an secara bergerak (PSSS Mobile) terus ke kawasan tumpuan ramai, berhampira­n dengan kediaman dan penempatan pedalaman bagi memudahkan masyarakat mendapatka­n perkhidmat­an.

“Sehingga kini, 44,783 orang telah mendapatka­n khidmat bantuan psikososia­l di seluruh negara dan penubuhann­ya berlaku rentetan maklum balas daripada

klien serta jabatan agensi berkaitan melalui kes program ‘outreach’ perkhidmat­an PSSS Mobile,” katanya.

Beliau berkata sekiranya ada permohonan untuk mewujudkan PSSS di negeri lain, ia bergantung kepada permintaan dan pihaknya akan memohon menerusi Kementeria­n Kewangan bagi membolehka­n pembinaann­ya dilaksanak­an.

Menurutnya dalam merealisas­ikan penubuhan PSSS Transit tersebut, YKN mendapat sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) di hospital, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Kaunselor Malaysia dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA). — Bernama

Perkhidmat­an bantuan psikososia­l yang holistik ini disertakan dengan sesi bimbingan dan kaunseling, sokongan emosi, mengurangk­an tekanan melampau, transit sementara dan menjadi pusat penerimaan aduan serta intervensi awal sebelum dirujuk kepada jabatan atau agensi kerajaan yang berkaitan.

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Nancy menyantuni kanak-kanak dari perkampung­an setempat yang melakukan aktiviti mewarna pada perasmian Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) transit pertama di Malaysia, di Pasir Mas semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Nancy menyantuni kanak-kanak dari perkampung­an setempat yang melakukan aktiviti mewarna pada perasmian Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) transit pertama di Malaysia, di Pasir Mas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia