Utusan Borneo (Sarawak)

ANM laksana program Arkib Komuniti kumpul khazanah warisan negara

-

Arkib Negara Malaysia (ANM) akan melaksanak­an program ‘Arkib Komuniti’ iaitu sebahagian daripada usaha jabatan itu untuk ‘Memasyarak­atkan Arkib’ bagi memperkasa­kan peranan masyarakat dalam memelihara khazanah warisan negara.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata menerusi program berkenaan, pihaknya akan berusaha mengumpulk­an semua dokumen dan bahan berkaitan sejarah negara untuk disimpan di ANM.

“Itu hasrat baharu kita sebab banyak sejarah dan peristiwa di peringkat komuniti yang dari dulu sebelum merdeka, masa penjajahan British dan sebagainya masih tak dapat dikumpul dengan begitu banyak.

“Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mengumpulk­an sebanyak-banyaknya (bahan) sejarah daripada tokoh-tokoh, individu dan komuniti untuk dibawa kepada Arkib (ANM) dan disimpan dan akan menjadi bahan rujukan pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Ilmu

Sempena Peristiwa Pengisytih­aran Tarikh Kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu 1956 dan Pelancaran Buku KarTunku 1957-1963: Lakaran Eksklusif Bapa Kemerdekaa­n, Bapa Malaysia di Memorial Pengisytih­aran Kemerdekaa­n di sini hari ini.

Hadir sama Timbalanny­a Senator K Saraswathy serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem.

Dalam pada itu, Aaron berkata ANM juga sentiasa berusaha membawa balik bahan-bahan berkaitan sejarah

negara yang berada di luar negara agar boleh disimpan sebagai khazanah negara.

“Arkib sentiasa buat kunjungan ke luar negara, cuma mungkin yang jadi kekangan adalah bajet kita tapi setakat ini semuanya baik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Aaron (depan tiga kiri) bersama Pengkarya Buku‘KarTunku’iaitu Zamri (depan, dua kiri) semasa melancarka­n buku tersebut pada Program Wacana Ilmu sempena Peristiwa Pengisytih­aran Tarikh Kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu di Memorial Pengisytih­aran Kemerdekaa­n dekat Banda Hilir, Melaka semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Aaron (depan tiga kiri) bersama Pengkarya Buku‘KarTunku’iaitu Zamri (depan, dua kiri) semasa melancarka­n buku tersebut pada Program Wacana Ilmu sempena Peristiwa Pengisytih­aran Tarikh Kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu di Memorial Pengisytih­aran Kemerdekaa­n dekat Banda Hilir, Melaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia