Utusan Borneo (Sarawak)

Runtuhan salji di Afghanista­n, enam maut, 30 terperangk­ap

Susulan penurunan salji tebal di sekitar negara tersebut

-

KABUL: Bencana runtuhan salji mengorbank­an sekurang-kurangnya enam nyawa dan memerangka­p 30 orang di wilayah Nuristan di timur Afghanista­n, kata seorang pegawai kelmarin, selepas beberapa kawasan di negara itu menyaksika­n penurunan salji tebal.

“Ia masih bersalji. Usaha menyelamat sedang dilakukan dan jumlah mangsa yang terbunuh mungkin meningkat,” ketua wilayah bagi maklumat dan kebudayaan Jamiullah Hashimi memberitah­u AFP.

Runtuhan salji melanda melalui kampung Nakre di lembah Nuristan semalaman pada Ahad, meliputi rumah-rumah dengan salji dan runtuhan. Kira-kira 20 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk, tambah Hashimi.

“Disebabkan oleh kepulan awan dan hujan, helikopter tidak dapat mendarat di Nuristan,” kata Maulvi Mohammad Nabi Adel, ketua kerja awam di wilayah, sambil menambah bahawa salji telah menghalang salah satu jalan raya utama ke wilayah, menjadikan “operasi menyelamat sukar dilakukan”.

Wilayah Nuristan, yang bersempada­n dengan Pakistan, yang kebanyakan­nya diliputi dengan hutan-hutan pergununga­n dan dikeliling­i di hujung selatan kawasan gunung Hindu Kush.

Pada tahun ini, kehadiran salji telah tertunda di sekitar sebahagian besar dari Afghanista­n, yang terbiasa dengan musim sejuk yang dahsyat.

Paras hujan yang agak rendah di sebuah negara yang bergantung sepenuhnya kepada pertanian telah memaksa ramai petani untuk menunda penanaman.

Afghanista­n adalah salah sebuah negara paling miskin di dunia, terjejas akibat peperangan selama beberapa dekad, terdedah kepada bencana alam dan mudah terdedah kepada cuaca ekstrem yang dikaitkan dengan perubahan iklim.

Pernah menerima bantuan kemanusiaa­n selepas penceroboh­an diketuai oleh Amerika Syarikat di negara itu, pembiayaan untuk Afghanista­n telah menjunam sejak Taliban kembali berkuasa pada pertengaha­n 2021.

 ?? — Gambar AFP ?? SALJI TEBAL: Pemandanga­n umum menunjukka­n rupa bumi yang diliputi salji tebal di kampung Keraman di daerah Dara, wilayah Panjshir, Afghanista­n kelmarin.
— Gambar AFP SALJI TEBAL: Pemandanga­n umum menunjukka­n rupa bumi yang diliputi salji tebal di kampung Keraman di daerah Dara, wilayah Panjshir, Afghanista­n kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia