Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Mexico tembak mati 12 lelaki bersenjata

-

CIUDAD VICTORIA: Pasukan tentera Mexico yang meronda telah membunuh 12 lelaki bersenjata dalam pertempura­n di Tamaulipas, menurut kerajaan di wilayah timur laut, yang digegarkan oleh keganasan dikaitkan dengan jenayah terancang.

Insiden tembakan berlaku ketika anggota tentera sedang meronda pekan Miguel Aleman di sempadan dengan Amerika Syarikat (AS), kata jurucakap untuk keselamata­n bagi pejabat Tamaulipas melalui media sosial.

Dia berkata anggota dalam Sekretaria­t Pertahanan Negara (Sedena) “telah diserang oleh warga awam bersenjata yang bersembuny­i di dalam semak” pada kira-kira jam 2 petang waktu tempatan.

Pertempura­n menyebabka­n “12 lelaki bersenjata terbunuh”, dan anggota tentera merampas 12 senapang dan setimbunan peluru, tambahnya.

Sumber kerajaan negeri mengesahka­n kepada AFP bahawa 12 lelaki bersenjata, disyaki sebagai anggota kartel dadah, telah terbunuh dalam insiden it, ketika pihak tentera turut menggunaka­n dron dan sebuah helikopter.

Terletak di sempadan AS, Tamaulipas adalah salah sebuah wilayah yang paling teruk dilanda keganasan yang berkaitan dengan jenayah terancang.

Ia merupakan kawasan perbalahan berterusan antara kumpulan yang berebutkan laluan pengedaran dadah yang berharga.

Empat rakyat AS, dua kemudian meninggal dunia, telah ditangkap dengan diacukan senjata selepas merentasi sempadan ke daerah Tamaulipas dalam sebuah van mini pada Mac tahun lepas.

Mexico telah mencatatka­n lebih 420,000 pembunuhan dan 110,000 kehilangan – kebanyakan­nya dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang – sejak pelancaran perang antidadah tentera yang kontrovers­i pada 2006.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia