Utusan Borneo (Sarawak)

RTC menarik diri daripada PTNS WTF

Persatuan itu hilang keyakinan terhadap kepimpinan PTNS didakwa dasar dan amalan tidak adil terhadap ahli gabungan Berikutan itu, kami memutuskan untuk menarik diri daripada badan taekwondo negeri berkuat kuasa 1 November 2023 lalu.

- Oleh Andy Sabang Thomas Tang Ketua jurulatih RTC

SIBU: Kelab Taekwondo Rajang (RTC) secara rasmi menarik diri keahlianny­a daripada badan induk Taekwondo Negeri (WTF) Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (PTNS).

Ketua jurulatihn­ya, Thomas Tang berkata mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan PTNS yang didakwa menjalanka­n dasar dan amalan tidak adil terhadap ahli-ahli gabunganny­a.

“Berikutan itu, kami memutuskan untuk menarik diri daripada badan taekwondo negeri berkuat kuasa 1 November 2023 lalu,” katanya semasa sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) RTC di sini Ahad lalu.

Turut hadir Stanley Chiew mewakili Timbalan Speaker Dewan Raykat merangkap Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau dan Presiden RTC, Kong Siu Ming.

Tang mendakwa sejak 15 tahun lalu mereka meminta PTNS menulis surat kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) mengiktira­f penaja RTC atas pencapaian

cemerlang mereka dalam pelbagai kejohanan taekwondo tempatan dan antarabang­sa termasuk Kejohanan Taekwondo Jemputan Ketua Menteri Piala Borneo dari

2010-2022.

“Watikah pengiktira­fan itu adalah untuk menghargai pencapaian ahli-ahli RTC serta ibu bapa, jurulatih dan guru-guru mereka berusaha

menaik taraf sukan itu.

“Bagaimanap­un, PTNS tidak pernah berusaha membantu menulis kepada KPM sekali gus menghilang­kan banyak merit kepada jurulatih, guru-guru dan pelajar.

Cukup dan kami tidak terlibat dalam sebarang aktiviti PTNS,” jelasnya.

Tang berkata, mereka menyertai Persatuan Taekwondo Kukkiwon Malaysia (MKTA) dan terus memastikan pasukan mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk memartabat­kan sukan itu.

Bagaimanap­un, Tang mengakui tindakan mereka membawa padah serius kepada kelab tersebut kerana ahliahli kelab tidak lagi dapat mewakili Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) atau Sukan Sarawak (SUKSAR) kerana mereka tidak bergabung dengan PTNS.

“Ini kerana, hanya ahliahli gabungan PTNS boleh mewakili Sarawak pada temasya SUKMA dan SUKSAR yang pastinya adalah bahagian paling dinantinan­tikan oleh ahli-ahli sukan taekwondo,” katanya.

Justeru, beliau mencadangk­an Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melihat perkara ini secara serius dan seberapa segera.

Katanya, taekwondo merupakan sukan untuk semua orang tanpa mengira kaum dan umur. Sukan itu tidak boleh dimonopoli oleh kumpulan tertentu mengamalka­n diskrimina­si dan dasar tidak adil terhadap ahli-ahli gabunganny­a.

“Ini tidak sihat dan ia meminggirk­an atlet-atlet baik dan berpotensi daripada membantu negeri mencapai keputusan cemerlang apabila ia paling penting,” jelasnya.

Beliau menambah semua atlet berjuang dengan matlamat sama membantu negeri mencapai keputusan terbaik, justeru hanya yang terbaik perlu dipilih mewakili Sarawak.

“Memang jika Sarawak menyasarka­n memenangi lebih banyak pingat emas, maka semua pemain harus diberi peluang mempamerka­n potensi mereka. Ia tidak seharusnya terhad kepada beberapa atlet kegemaran jelas tidak memberi gambaran sebenar dan potensi yang ada,” katanya.

Walaupun sedih, Tang memberi jaminan RTC kekal relevan dan terus berjuang untuk sukan itu dan akan menyertai kejohanan tempatan dan antarabang­sa.

“Kami yakin atlet-atlet kami terus beraksi dengan baik dan membantu mengharumk­an nama serta kegemilang­an negeri ini. Rekod prestasi kami membuktika­n kejayaan sebenar kami,” jelasnya.

 ?? ?? TARIK DIRI: Tang (lima dari kiri) bersama Chiew dan Kong ketika meraikan sambutan Tahun Baharu Cina RTC di Sibu, Ahad lalu.
TARIK DIRI: Tang (lima dari kiri) bersama Chiew dan Kong ketika meraikan sambutan Tahun Baharu Cina RTC di Sibu, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia