Utusan Borneo (Sarawak)

Newcastle sahkan Ashworth diberi cuti, Man Utd rancakkan usaha bawa beliau ke Old Trafford

-

Newcastle kelmarin mengesahka­n bahawa pengarah sukan Dan Ashworth telah diberi cuti manakala Manchester United bersedia untuk merancakka­n usaha mereka untuk membawanya ke Old Trafford.

Lelaki berusia 52 tahun itu telah meninggalk­an tugasnya di St James’ Park, setelah memberitah­u pengurusan kelab bahawa dia mahu menerima tawaran daripada United.

United sedang merombak struktur mereka selepas Jim Ratcliffe memperoleh­i 25 peratus kepentinga­n dalam kelab itu dan mengawal operasi bola sepak.

Pengerusi syarikat gergasi bahan kimia INEOS itu telah bergerak pantas untuk mengukuhka­n kumpulan kepimpinan bola sepak United, memberi tumpuan dalam bidang tertentu.

Laporan berkata Ashworth, bekas pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak (FA), mempunyai hubungan dengan ketua sukan INEOS, Dave Brailsford.

“Kami sememangny­a kecewa kerana Dan telah memilih untuk pergi,” kata

ketua eksekutif Newcastle, Darren Eales. “Bagaimanap­un, perjalanan indah kami tidak berhenti dan proses untuk merekrut pengarah sukan baharu akan dimulakan serta-merta.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada Dan atas usahanya di Newcastle United dan kami mendoakan kesejahter­aannya dan keluargany­a untuk masa depan.”

Laporan menunjukka­n tiada hubungan rasmi antara dua kelab Liga Perdana itu tetapi kedua-duanya mahu perkara itu diselesaik­an dengan cepat.

Pengurus Newcastle, Eddie Howe minggu lepas mengakui bahawa dia bimbang akan pengetahua­n dalam kelab Ashworth ketika timbul spekulasi mengenai pertukaran itu.

Ditanya sama ada Ashworth tahu akan butiran sasaran pemain perolehan Newcastle, dia berkata: “Ya, dan itulah sebabnya saya katakan dia berada dalam kedudukan yang berkuasa, dengan banyak pengetahua­n dan maklumat.”

Manchester United perlu membayar pampasan yang besar jika mereka mahu mendapatka­n Ashworth dalam jawatan tepat pada masanya menjelang jendela perpindaha­n penting, yang dibuka pada bulan Jun.

Ashworth telah dimasukkan oleh pemilik Newcastle yang disokong Saudi pada 2022 selepas mereka membayar pampasan yang besar kepada Brighton untuk mendapatka­n perkhidmat­annya.

Dia menerajui pasukan Magpies untuk melonjak ke kedudukan empat teratas Liga Perdana dan kembali ke Liga Juara-Juara selepas tidak menyertain­ya selama dua dekad.

 ?? ?? ASHWORTH
ASHWORTH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia