Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli pecat Mazzari, digantikan dengan Calzona

- — AFP

Walter Mazzarri telah dipecat oleh Napoli, menjadi orang kedua yang dibuang oleh juara Itali itu musim ini, lapor media Itali kelmarin.

Pengurus berusia 62 tahun itu mengambil alih tugas pada November selepas Rudi Garcia dibuang kerja tetapi Napoli terus jatuh ke tangga kesembilan Serie A menjelang pertembung­an 16 akhir Liga Juara-Juara dengan Barcelona pada Khamis.

Jurulatih pasukan kebangsaan Slovakia, Francesco Calzona ditetapkan untuk mengambil alih pasukan sehingga penghujung musim dan akan bertanggun­gjawab untuk lawatan pusingan pertama Barca.

Calzona membimbing Slovakia ke Euro 2024 tetapi mempunyai tugas besar dalam tangannya apabila dia kembali ke Napoli, di mana dia pernah menjadi pembantu semasa musim pertama Luciano Spalletti di kelab itu.

Calzona dilaporkan akan mengekalka­n tugasnya dengan Slovakia dan membawa bersama Marek Hamsik, pemain dengan penampilan terbanyak sepanjang zaman Napoli, juga orang pertama yang mengatasi rekod jaringan Diego Maradona untuk kelab itu.

Musim lalu, Napoli merangkul Scudetto ketiga, pencapaian bersejarah tetapi sejak jurulatih yang memberi mereka gelaran, Spalletti meletak jawatan pada penghujung musim, huru-hara telah berlaku di Naples.

Napoli ketinggala­n 27 mata di belakang pendahulu liga semasa, Inter Milan selepas memenangi hanya empat daripada 12 perlawanan liga sejak Mazzarri mengambil alih, mengumpul 15 mata.

Mata yang kurang berbanding 21 mata semasa pasukan diuruskan oleh Garcia dalam 12 perlawanan liga, jumlah yang menempatka­n Napoli di tempat keempat apabila lelaki Perancis itu dibuang.

Peluang Napoli untuk kembali ke kedudukan empat teratas dan Liga Juara-Juara musim depan sangat tipis.

Napoli berada sembilan mata di belakang Atalanta yang berada di tempat keempat dan Bologna di tempat kelima, dan tidak menunjukka­n tanda-tanda untuk merapatkan jurang itu, gagal menjaringk­an gol dalam sembilan perlawanan dalam semua pertanding­an yang

dibimbing Mazzarri.

Ia penutup yang mengecewak­an bagi tempoh singkat Mazzarri mengendali­kan Napoli, selepas pernah membantu mengembali­kan kelab terbesar di selatan Itali itu ke peringkat atas bola sepak Itali antara 2009 dan 2013.

Mazzarri membimbing Napoli ke Piala Itali 2012, menewaskan juara liga yang belum pernah kalah, Juventus dalam perlawanan akhir untuk memenangi trofi pertama kelab itu dalam lebih dua dekad.

Dia pergi pada Mei 2013 selepas menduduki tempat kedua dalam liga utama Itali dengan pasukan yang menampilka­n Ezequiel Lavezzi, Marek Hamsík dan Edinson Cavani di bahagian serangan.

 ?? ?? CALZONA
CALZONA
 ?? MAZZARI ??
MAZZARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia