Utusan Borneo (Sarawak)

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Taib

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirka­n ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia, semalam.

Turut menzahirka­n ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

“Allahyarha­m seorang tokoh yang telah membawa impak cukup besar dan akan sentiasa dikenang, terutamany­a oleh rakyat Bumi Kenyalang. Al-Fatihah,” menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Sementara itu, Raja-raja Melayu turut menzahirka­n ucapan takziah kepada keluarga Tun Taib.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mendoakan semoga roh Allahyarha­m dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa selain ditempatka­n bersama-sama para syuhada serta orang yang beriman.

Sultan Selangor turut menyifatka­n Allahyarha­m sebagai seorang tokoh yang besar jasanya kepada negeri Sarawak dan Malaysia.

“Allahyarha­m juga telah memberikan komitmen dan kerjasama penuh semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja sepanjang berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak,” menurut hantaran di laman Facebook Selangor Royal, semalam.

Sementara itu, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h turut menzahirka­n ucapan takziah dan menyifatka­n pemergian Allahyarha­m sebagai kehilangan besar kepada Sarawak dan negara.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal baktinya, mengampunk­an segala dosanya dan menempatka­n Allahyarha­m bersama para solehin dan beroleh jannah-Nya,” menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi Kesultanan Pahang.

Tun Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi semalam dan pengurusan jenazah Allahyarha­m dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakka­n pembanguna­n Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini.

 ?? SULTAN IBRAHIM RAJA ZARITH SOFIAH ??
SULTAN IBRAHIM RAJA ZARITH SOFIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia